Multiple Pages

26/11/2011

Aziz Bari Sudah Bersedia Berpolitik, Tapi Gaji UIA Masih Sapu.


Oleh: HHalem.

1- Aziz Bari telah mengecewakan dan menipu hidup-hidup penyokong-penyokong tegar beliau, kononnya beliau bercakap dan mempertikaikan Baginda Sultan Selangor atas nama dan dasar sebagai ahli akademik dan berkepentingan akademik. Beliau turut menuduh kononnya kerajaan dan Umno mengekang perkembangan akademik. Nah ! Sekarang semua tertipu?


Aziz Bari dari awal-awal lagi dilihat cendurung mengkritik institusi raja-raja atas dasar ahli politik pembangkang PKR. Hanya penganut Pas-Pkr-Dap yang cerdik dan tidak menutup matahati dapat menghidu arahtuju Aziz Bari. Baca telagah dan kritikan terkini beliau menglibatkan Baginda Sultan Selangor dan dimurkai di sini >

2- Semalam Aziz Bari memberi ucapan di atas pentas politik (baca: bukan pentas akademik) dan sebagai ahli politik di ceramah di pejabat baru Angkatan Muda Keadilan, Cabang Gelang Patah, di Taman Saujana, Johor.

Di atas platform PKR, Aziz Bari terus mengkritik kerajaan kerana beliau berpandangan bahawa banyak perkara yang belum diselesaikan.

“Sepatutnya perbincangan berkenaan perkara-perkara seperti Bahasa Kebangsaan, Hak Melayu dan Bumiputera, serta pengagihan yang adil kepada negeri-negeri sudah lama dapat diselesaikan kira-kira 20 hingga 30 tahun lepas, tetapi kerajaan masih gagal dalam perkara ini”
-      Aziz Bari dipetik MInsider.

Aziz yang masih lagi disiasat oleh UIA, PDRM dan SKMM terlupa bahawa semua perkara tertakluk kepada ‘baikpulih dan penambah-baikan yang berterusan (continual improvement) tanpa henti mengikut masa dan kehendak majoriti masyarakat  dan tidak ada penamatnya”.  Begitu lah juga didalam pelbagai isu yang beliau timbulkan.

Malahan, Menteri Pengajian Tinggi, DS Mohamed Khaled Nordin pernah menasihatkan Aziz meletakkan jawatan sebagai ahli akademik jika benar-benar mahu bercakap di atas pentas politik. Ini adalah kerana Aziz Bari masih lagi menerima gaji hasil dari bertugas sebagai pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa UIA. Kata Pok Nick, haram jika kerja macam ni !

Jika Aziz Bari sudah dua kali bercakap atas pentas politik, UIA perlu mengambil tindakan kerana ia menyalahi peraturan. Kita menunggu tindakan berikut dari UIA.

Adakah Prof Datuk Dr Zaleha gentar mengambil tindakan?

1 comment:

  1. Masa Prof Aziz Bari di UIA mungkin sudah boleh dihitung, cuma cepat atau lambat. Soal UIA tidak berani bukan lagi suatu pilihan kot!

    ReplyDelete