Multiple Pages

01/11/2011

Lokasi-lokasi Piket Kesatuan Sekerja MTUC Di Serata Malaysia.


Oleh: HHalem.

Setiausaha Agung MTUC, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Abdul Halim Mansor, memaklumkan pikat tidak akan mengganggu ketenteraman awam serta tidak mengganggu tugas pekerja terbabit kerana ia akan diadakan selepas waktu bekerja iaitu antara pukul 5 hingga 6.30 petang pada Khamis 3 November.

18 Lokasi Strategik Piket
1- Seksyen 15 Shah Alam,
2- Jalan Persiaran Kuala Selangor,
3- Teluk Panglima Garang,
4- Jalan Barat Petaling Jaya,
5- Bukit Raja Klang,
6- Rawang/Sungai Choh di Selangor,
7- Pulau Pinang (Hadapan Pearl View Hotel, Prai),
8- Melaka (Jalan Bukit Beruang Air Keroh),
9- Negeri Sembilan (Padang Majlis Perbandaraan Seremban).
10- Perak (Bangunan MTUC, Ipoh),
11- Pahang (Padang Masjid Negeri, Kuantan),
12- Kelantan (Kota Baharu Trade Centre),
13- Johor (Masjid Jamek Kampung Pasir),
14- Batu 5 Jalan Skudai,
15- Kuala Lumpur (Bangunan KWSP Jalan Raja Laut),
16- Sabah (Tang Dynasty hotel dan Centre Point Kota Kinabalu), 
17- Kedah (Sime Tyre International, Mergong)
18- Sarawak (Bangunan Sultan Iskandar, Kuching).

Tujuan Utama Piket
Bagi membantah pindaan terhadap Akta Kerja 1955 yang telah diluluskan Parlimen pada 6 Okt lepas.

Apa yang telah di pinda oleh Parlimen.
Pindaan akta itu ialah meminda perkataan ‘Sub Contractor for Labour’ atau ‘Supplier for Labour’ kepada ‘Contractor for Labour’. Secara automatik Agensi Pembekal Buruh-buruh Asing dan dalam negeri menjadi “Contractor Membekal Buruh” dan serentak menjadi majikan dan mereka bertanggungjawap terhadap kebajikan mencarum Perkeso dan KWSP pekerja-pekerja yang dibekalkan.

Dengan itu seolah-olah pekerja mempunyai dua boss, iaitu Kontraktor yang membekal yang juga membayar caruman KWSP dan Perkeso mereka. Di waktu yang sama mereka mesti mematuhi waktu berkerja dan syarta-syarat di tempat mereka berkerja.

Problem-problem yang akan timbul :
a- Who is the paymaster? Kontraktor atau Tempat mereka kerja?
b- Adakah gaji akan dibayar oleh Kontraktor atau direct dari tempat mereka kerja?
c- Siapakah majikan mereka sebenar?
d- Payslip penyata gaji dari siapa (kalau pun ada payslip untuk tunjukan pecahan caruman)?

Penulis berpandangan Piket ini hanya lah cukup syarat MTUC sahaja kerana pindaan tersebut telah pun dipersetujui oleh Parlimen. Hendak atau tidak terpaksa lah diikuti.

Yang akan menjadi mangsa ialah pekerja-pekerja didalam industri ini. Ini adalah kerana Kontraktor akan berkata mereka juga menerima ‘upah untuk membekal'.
  
Lain-lain cerita politik disebalik isu di atas, lihat di sini>
Sumber utama Bernama

No comments:

Post a Comment