Multiple Pages

01/11/2011

Nalla Di Lantik Senator. Apa Alasannya?


Oleh: HHalem.

1- Sekali imbas dan sekali pandang, kita mungkin berfikir Nalla ni dilantik Senator atas sebab-sebab beliau pernah rapat dengan Anwar dan kemudian lantang mengkritik Anwar dan memecah rahsia dan tembelang Anwar. Apa kah sangat rahsia yang beliau bocorkan terhadap Anwar, sehinggakan boleh dijadikan bahan bukti di mahkamah dan boleh menjatuhkan Anwar.?

Memang tiada, bukan? Habis kenapa beliau dilantik sebagai Senator?

Mungkin atas jasa-jasa beliau sebagai Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) yang memberi sokongan kepada Barisan Nasional pada pilihan raya umum 2008.

Jikalau atas sebab beliau Presiden MIUP dan menyokong BN, mungkin agak lewat kerana PRU13 memang sudah tidak lama lagi. Adakah ini untuk mengikat beliau supaya terus menyokong BN. Kita tahu Bapak Ayam ini tidak boleh diharap sangat kesetian beliau.


2- Bagi Ezam pula, sebab-sebab beliau dilantik sebagai Senator setelah berpecah dengan Anwar memang agak jelas. Beliau bukan pun Presiden mana-mana parti.

Sebagai rumusan, agak jelas, kedua-dua Ezam dan Nalla dilantik sebagai Senator kerana mengenang jasa mereka berpecah dan mengkritik Anwar berterusan. Tiada lebih dan tiada kurang.

Hasilnya, mungkin Anwar belum lagi masuk-masuk penjara, tetapi telah menyedari ramai rakyat yang taksub dan terpesong.

Apa-apa pun kita ucapankan tahniah kepada Senator Nalla.

4 comments:

  1. walaupun sahabat kita kat atas tu dh sebut,kat sini saya emphasize lagi.ni la keje bangang baghal BN.pegi lantik bekas barua anwar ni jd senator.mana boleh percaya sgt diorg ni.byk lagi org yg berjasa pd parti xdilantik.saya mmg xcaya mana nala dgn ezam ni.ade agenda tertentu.mungkin juga trojan horse.kalau mereka ni jujur sepatutnya dr tahun 1998 mereka xikot anwar punya perjuangan

    ReplyDelete
  2. oRang kAmpong01/11/2011, 20:26

    oRang kAmpong berkata...
    bro aku ceta kat satu kisah benar.the real tluuu stoliiiii.satu masa dulu ada kawan aku sorang pekedai runcit kat kg aku.dia ni org teganu.sudah berkahwin dan ada anak.takdir tuhan dia menikah sorang lg janda muda xada anak lalu terus menceraikan isteri 1nya mek nab namanya.korang tau apa org kg ckp, TAK PATUT PAK HARUN(nama kawan aku tu)NIKAH SEE LG,CERAI BINI TUA.Takdir tuhan lg selang 2 th kawan aku tu cerai pulak bini muda dia tu dan nikah blk ngan janda lama dia mek nab.luu org tau apelak org kg ckp.TAK PATUT SUNGGUH PAK HARUN NIKAH SEMULAA NGAN MEK NAB PAS CERAI BINI MUDA......moral of the stoliiiii bro.luuuu pikir laaa seennndiiiliiii.

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya apa juga orang buat kita nak koommplen je..

    ReplyDelete
  4. 1998 dulu banyak yang sokong tanpa bertanya apa-apa pun. Sehinggalah kes Saiful baru - baru ini ramai orang -orang kuat termasuklah peguam yang keluar dari PKR. Kena juga faham akan hal ini.

    ReplyDelete