Multiple Pages

01/12/2011

3 Naib Presiden Umno Buat Kecoh Dan Gempar. Habis Semua Tarik Diri Bertanding.


Oleh: HHalem.
Baru Sanggup Tarik Diri, Ingatkan Sudah Tarik Diri.
Betul-betul Wayang Kulit.

1- Berita Datuk Seri Idris Jusoh bersedia dan sanggup mengundur diri daripada  bertanding pada Pilihan Raya Umum ke- 13, kita terima dengan agak skeptical dan ragu-ragu kerana ramai pemimpin yang seperti Samy Vellu MIC yang tidak akan berundur diri dari tampok kuasa kecuali di paksa turun. Berita Idris Jusuh tarik diri di sini >

2- Tiba-tiba sejurus kemudian apabila 3 orang Naib Presiden Umno, DS Dr. Ahmad Zahid Hamidi, DS Mohd. Shafie Apdal dan DS Hishammuddin Tun Hussein, membuat kenyataan yang sama di sidang akhbar selepas perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2011;  ia tiba-tiba bertukar menjadi janggal dan agak pelik bunyinya. Ini adalah kerana mereka juga “sanggup menarik diri” dari bertanding pada PRU 13 nanti.

Ini bermakna juga bahawa mereka belum menarik diri dan tidak sekali-kali akan menarik diri jika di calonkan oleh DS Najib.

Ini sudah seperti satu wayang kulit yang dirancang skrip etong dan ekeng.


Kita betul-betul ‘meluat dan kekadang marah’ dengan cara Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin menguruskan kementerian beliau terutama isu-isu berkaitan dengan perkauman; sehingga beliau di gelar dengan pelbagai nama yang tidak sedap di dengar. Seperti ‘Menteri Pondan’ dan ‘Menteri Amaran’.

Kita mahu beliau lebih tegas atau ditukar ke kementerian yang lebih sesuai dengan cara dan kaedah beliau. Tetapi tidak lah ‘meluatkan-beliau' sehingga kita tidak mahu beliau bertanding pada PRU13 nanti.

Sekurang-kurangnya mereka bertiga ‘sedar diri siapakah mereka selama ini’. Dengan itu kita mengucapkan syabas kepada mereka bertiga.

.......Petikan Bernama...........
Ketiga-tiga Naib Presiden UMNO hari ini menyatakan kesediaan mereka untuk menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) sekiranya mereka difikirkan tidak mampu menjadi calon yang boleh menang.

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membuat kenyataan tersebut dalam sidang akhbar bersama selepas perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2011 oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.

Hishammuddin yang mewakili ketiga-tiga mereka berkata ‘tiada masalah’ apabila ditanya adakah mereka sanggup melepaskan kerusi masing-masing jika difikirkan tidak mampu menjadi calon yang boleh menang.

Katanya, ini adalah selaras dengan ucapan dasar presiden parti yang antara lain menyebut anggota parti perlu menilai sama ada mereka dapat membantu parti memenangi pilihan raya umum jika bertanding nanti atau hanya merugikan parti jika berbuat demikian.

"Presiden parti tidak mahu meletakkan parang yang tajam untuk memenggal leher orang yang tidak lagi boleh memberikan kemenangan kepada parti, namun kita sendiri mesti lakukan muhasabah pada diri”

“Kalau kita tidak boleh memberikan kemenangan kepada parti lagi maka kita perlu mengundurkan diri,” kata beliau.


 — Bernama

3 comments:

  1. perwakilan umno tuli isu pluralisme tidak diangkat sebagai agnda dalam perjuangan dan ucapan prwklian dan pemimpin kanan UMNO...isu ini memang dekat dengan melayu islam dari kalangan melayu PAS PKR maupun UMNO maupun melayu diatas pagar sendiri sayang mreka seolah kehilangan ilham atau fakta mengenai bayaha pluralisme nak jerit jerit lah yang penting isi dan isu utama perlu diketengahkan( pernah tok Najis bangkitkan pasal pluralisme?? kenapa tak ambil isu bayaha pluralisme ini bukan survival ini soal akidah untuk disebarkan...suma hipokrit minta tidak dicalonkan dalam pilihan raya nanti...piiirahhh lagu lama tu....

    ReplyDelete
  2. Depa gempaq keling sahaja, untuk menarik perhatian orang ramai, pada hal mereka tahu, Najib pasti akan mencalonkan mereka, karana mereka adalah Naib2 presiden UMNO & aku gerenti depa akan pengsan punya, jika nama mereka betul2 tidak dicalonkan.

    ReplyDelete
  3. As-Salam Tuan Hhalem,

    Besar harapan saya untuk membawa usul di Perhimpunan Agong Umno yang sedang berlansung ketika ini supaya Perwakilan yang hadir di PWTC untuk TIDAK MEROKOK didalam bangunan PWTC. 

    Asap rokok amat membusukan kawasan persekitaran. UMNO sepatutnya tunjuk tauladan. Mana pengawal PWTC atau telah luluskan usul boleh MEROKOK dalam PWTC?

    Berasap sunggoh !

    ARK2

    ReplyDelete