Multiple Pages

01/12/2011

PANAS: Bekas MB Terengganu Menarik Diri Dari Bertanding PRU13.


Oleh: HHalem.
“bersedia untuk tidak menawarkan diri”

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh telah menyatakan kesanggupannya untuk mengundur diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum ke- 13 akan datang.

Katanya, beliau telah dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) oleh Idris mengatakan bersedia untuk tidak menawarkan diri pada pilihan raya akan datang.

 “Tindakan beliau sebagai suatu contoh yang baik kepada ahli-ahli Umno selain dapat memudahkan kerja Presiden dan mengelakkan berlaku insiden “retak hati”.

 "Lebih ramai lagi yang harus bersifat demikian dan harus munasabah diri untuk melihat jika kita bukan calon yang boleh beri kemenangan,"

katanya pada sidang media selepas ucapan dasar Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak disini semalam.

Berita Sinar Harian.
 ..........
HHalem:
Orang yang pertama. Baru ‘bersedia untuk tidak menawarkan diri bertanding’.
Belum dilantik lagi untuk bertanding. Itu pun jika Najib lantik beliau untuk bertanding.

Bertempiaran lah penyokong-penyokong Idris mencari host-host baru untuk dihinggapi.

2 comments:

  1. Diharapkan Pemimpin UMNO kedah pun, yang dok kalut nak jadi Calon PRU13 nanti, mengambil contoh bekas MB Terangganu tersebut, menilai keupayaan diri sendiri, janganlah jadi Anai2 membeham rumah sendiri pula, bila orang lain dipilih menjadi calon nanti, rapatkan barisan, kita serang & baham musuh kita, biar tinggal seredak, baru puas.

    ReplyDelete
  2. Kalau cam tu, Dato' Zahid juga tawarkan diri untuk tidak dicalonkan!! Boleh Tok??

    ReplyDelete