Multiple Pages

08/12/2011

Adakah Anda Termasuk Di Dalam Senarai Kemudahan MARA.


Oleh: HHalem.
Rooney Mara 
 Tidak Bersangkut Paut Langsung Dengan MARA.
(Gambar dari Pakcik Google)

...Bernama...

Seramai 763,235 orang anak Bumiputera telah  menerima pendidikan di bawah sistem latihan kemahiran dan akademik yang dikendalikan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA).
   
Ketua Pengarahnya Datuk Ibrahim bin Ahmad berkata di samping itu MARA juga telah memberikan bantuan pinjaman pelajaran berjumlah RM14 bilion kepada 407,499 pelajar di mana 369,216 untuk tajaan dalam negara, manakala selebihnya seramai 38,283 pelajar mendapat penajaan luar negara.
   
"Mara juga mempunyai 321 buah institusi pendidikan di seluruh Malaysia dan dan antaranya termasuk 223 buah GIATMARA yang mempunyai 254,003 pelajar, dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang mempunyai 149,722 pelajar,"
katanya di Majlis Malam Penghargaan dan Jamuan Tahunan MARA 2011 di ibunegara.
   
Ibrahim berkata sehingga kini Mara menyediakan kira-kira 7,000 lot perniagaaan yang merangkumi premis perniagaan, Kawasan Industri Makanan MARA yang menjadi hab pengeluaran produk makanan halal, Inkubator Teknologi Makanan dan Taman Pengeluaran Produk Usahawan (TPPU).
   
Katanya selain itu seramai 44,649 usahawan Bumiputera telah mendapat pembiayaan melalui Skim Pembiayaan Am bagi sektor perdagangan, perkhidmatan dan pembuatan, Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres,untuk kerja-kerja seperti kontrak pembinaan, bekalan, perkhidmatan dan elektrikal dan Skim Pembiayaan Perniagaan melibatkan peruntukan melebihi RM 2 bilion.
   
Di majlis itu, seramai 179 pesara serta 195 warga kerja MARA yang telah berkhidmat selama 25 tahun masing-maing menerima hadiah RM1,000 serta plak penghargaan sebagai menghargai perkhidmatan mereka.

- Bernama

 ...................
HHalem:
Kepada yang termasuk didalam angka-angka yang menerima bantuan dan pembiayaan oleh MARA seperti yang dilapurkan oleh Bernama di atas, jangan lupa berterima kasih dan jangan buat-buat lupa pula untuk membayar hutang. Semasa menerima bantuan tidak banyak soal, tetapi bila tiba waktu membayar semula hutang banyak pula alasannya ..

Dan jangan anggap sesiapa yang memerintah Malaysia pun (Pas-Pkr-Dap), maka anak-anak Bumiputra akan memperolehi kemudahan sebegitu rupa. Sama ada peruntukan MARA akan perlahan-lahan dikurangkan atau anak-anak AhChong AhKeng dan anak-anak Mutu Maniam akan terlibat sama berebut-rebut mahu duit MARA. Contoh klasik ialah biasiswa JPA, dimana masing-masing AhChong Maniam berebut-rebut mahu samarata dan sama bahagian.

Dan juga jangan anggap bahawa sesiapa perintah Malaysia pun, MARA akan terima peruntukan yang sama kerana pengubal polisi dan dasar MARA akan dikepalai DAP. Tanpa dasar polisi yang diterajui Umno, maka MARA (asalnya RIDA) tidak akan ujud langsung.

Kepada pegawai kerajaan yang sangkakan bahawa kedudukan mereka tidak akan berubah walaupun Pas-Pkr-Dap memerintah, sila fikir habis-habisan. Silap-silap haribulan, cafeteria kanten di Putrajaya yang sekarang di operate oleh Melayu Islam akan bertukar tangan kepada AhChong Maniam atas dasar samarata dan keadilan. Itu satu contoh sahaja. Belum dikira lagi amoi-amoi yang bermini skirt singkat diambil bekerja di pejabat-pejabat kerajaan di Putrajaya.

Dan jangan fikir Perlembagaan Negara tidak boleh diubah kerana ia hanyalah buatan manusia. Manusia gubal, manusia akan ubah.

Fikir habis-habisan segala faedah dan kemudahan yang anda atau anak-anak anda perolehi sekarang. Jangan take-for-granted apa yang anda nikmati sekarang.

No comments:

Post a Comment