Multiple Pages

08/12/2011

Ekslusif Ummi: Saya Di Tuduh Sebagai Pelacur..Saya Tidak Akan Maafkan Mereka Dunia Dan Akhirat.


Oleh: HHalem.

Berikut cerita Ekslusif Ummi Hafilda Kepada MyNewsHub di atas kejayaan Ummi membuktikan beliau telah di fitnah oleh PAS dan Harakah. Tahniah !
................
EKSKLUSIF: Saya Takkan Ampunkan Mereka Dunia Akhirat!

Begini lah raksi Ummi Hafilda Ali yang menang dalam kes samannya di mahkamah semalam.

Saya dituduh sebagai pelacur, saya dituduh macam-macam tanpa disertakan bukti, saya difitnah dan semalam Alhamdulillah kebenaran akhirnya terbukti. Walaupun kemenangan di pihak saya, namun saya tidak akan memaafkan mereka yang memfitnah saya itu di dunia dan akhirat!,”.


Mahkamah Rayuan semalam memerintahkan Syarikat Prema membayar ganti rugi am sebanyak RM50,000 kepada Ummi kerana memfitnah ahli perniagaan itu melalui rencana yang disiarkan dalam akhbar Harakah, 12 tahun lalu.

Dengan keputusan itu, sidang berkenaan mengurangkan separuh daripada jumlah asal ganti rugi am iaitu sebanyak RM100,000 yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 7 Jun 2006.

Bagaimanapun mengikut laporan akhbar, Ummi Hafilda tetap mendapat ganti rugi am berjumlah RM150,000 selepas tiga pihak lain yang dinamakan sebagai defendan-defendan dalam kes saman tersebut kekal diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM100,00.

Ini kerana ketiga-tiga defendan tersebut iaitu Pas (bekas pemegang permit Harakah), Halim Arshat dan Mustapha Ali (bekas Ketua Pengarang akhbar itu), setakat ini tidak merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.

Ketika ditanya Mynewshub.my, tidakkah tuduhan yang dilemparkannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim juga merupakan satu fitnah, Ummi Hafilda menafikannya sama sekali.

“Apa yang saya kata tentang Anwar (Ibrahim) bukan fitnah kerana saya ada bukti, kalau betul saya fitnah mana-mana pihak, saya juga bersedia untuk disaman,” tegasnya.

Mengenai kemenangan beliau semalam, Ummi Hafilda mengatakan jumlah ganti rugi yang beliau dapat sebenarnya lebih daripada itu kerana ada beberapa pihak nampaknya gagal membuat rayuan.

“Saya tidak kisah beberapa banyak pun yang saya dapat tetapi percayalah, ia tidak mungkin dapat membeli maruah saya yang tercemar,” katanya.

Ketika ditanya apa yang beliau hendak buat dengan wang ganti rugi tersebut, Ummi Hafilda berkata beliau bercadang untuk bersedekah terutamanya kepada anak-anak yatim termasuk mengadakan kenduri kesyukuran atas perjuangannya selama 12 tahun itu.

– Oleh mynewshub.my

4 comments:

  1. Mkini tak berani tuduh Umi itu ini dsbnya tetapi terbalik kot apabila lidah rasmi parti keislaman sanggup pi sejauh itu. Satu pengajaran yang amat berguna.

    ReplyDelete
  2. para pentaksub akhbar bengong tu nak baca lg ke najis tu? kasi bakor jeeeeee

    ReplyDelete
  3. surat khabar harakah suara rasmi Pas yg memperjuangkan islam ke memperjuangkan fitnah...tapi x per penulis akhbar tersebut sudah diampunkan dosa oleh pok nik ajis...hehehe

    ReplyDelete
  4. tak perlu nak fitnah2 orang apatah lagi sampai cakap dia tu pelacur. kalau dia pelacur dia keje kat kelab mlm org rumah2 pelacur tu yg ni dah sampai nak jd org kuat kerajaan , pelacur ke tuh? huh benggong la org2 yg memfitnah ni.. baik bunuh diri je. dah dia cakap dia tak maafkan org yg fitnah dia..habisla korang haha

    ReplyDelete