Multiple Pages

31/12/2011

Apa Hebohnya. Turunkan Bendera Najib Bukannya Bendera Malaysia Pun.


Oleh: HHalem.

Anwar semalam  mempertikaikan komitmen Perdana Menteri meminda Seksyen 15 AUKU dengan menuduh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menakut-nakutkan gerakan mahasiswa dengan mengarahkan Adam memberi penjelasan pada 19 Januari bersabit tindakan beliau menurunkan bendera DS Najib di Ibu pejabat Umno ketika menyertai tunjuk perasaan membantah AUKU awal bulan ini.

Adam menghadapi dua tuduhan iaitu;
a- pertama merosakkan nama universiti dan
b- keduanya memberi ancaman kepada ketenteraman awam.

Rosak nama UPSI.
Merosakkan nama UPSI memang sudah tentu kerana UPSI akan dianggap serong oleh masyarakat sebagai tempat yang melahirkan penentang-penentang kerajaan atau anti-establishment.

Jika Pakatan menjadi kerajaan sekali pun mereka sudah tentu tidak mahu para pelajar UPSI menentang mereka kembali. Sesiapa sahaja yang menjadi kerajaan-terkini, tidak akan mahu para pelajar memberontak menentang mereka. Itu asas logiknya.


Ancaman kepada ketenteraman awam.
Bagaimanakah menurunkan bendera dikatakan sebagai memberi ancaman kepada ketenteraman awam.? Sekali imbas didalam kotak pemikiran yang kecil memang tidak nampak logiknya disini.

Bendera semenjak beribu tahun dahulu adalah lambang yang dipertahankan sebagai simbol kekuatan dan maruah negara atau kumpulan kecil yang perlu dipertahankan hidup atau mati.

Ini bendera muka Najib, bukannya bendera Malaysia pun, jadi apa yang perlu dikecoh-kecohkan sangat. Ada juga para guru yang tidak berakal menyatakan Adam Adli ini budak muda dan biarkan beliau sahaja. Lebih danggal lagi apabila Guru menyatakan bahawa ia tidak terjadi kepada anak-anak kita, maka biarkan lah sahaja.

Bendera muka Najib yang dinaikkan melambangkan penghormatan rakyat terhadap Perdana Menteri yang sebaris dengan bekas perdana menteri Malaysia yang lain-lain. Menurunkan nya didalam keadaan dan suasana yang mengaibkan merupakan satu penghinaan kepada satu lagi kumpulan besar yang cintakan pemimpin negara yang dilantik dengan sah melalui kaedah demokrasi oleh rakyat majoriti.

Lebih-lebih lagi dan memburukan suasana, apabila dibelakang para pelajar ini terdapat pemimpin parti PKR yang merancang, menyokong dan menghasut tindak tanduk dan perilaku para pelajar tersebut.

Jadi dimanakah logik ia mengancam ketenteraman awam?
Adam Adli hampir-hampir dibelasah oleh pencinta-pencinta Najib dan mencetuskan huru-hara setempat dihadapan Balai Polis, lihat video di sini>

Kemudiannya ia merebak menjadi huru-hara setempat yang agak besar yang hampir-hampir berlaku di Pulau Pinang, lihat video disini>

Jika dibiarkan berterusan oleh pihak penguatkuasa, maka ia akan mencetus ketegangan negara kerana sehelai bendera. Mudah !

Kepada pemikir-pemikir PAS-PKR-DAP-Pelajar-Guru yang mampu menganalisa suasana, sila lihat video-video di atas, dan kaji dimanakah silap tindak tanduk pelajar Adam Adli ini.

Penulis pernah terbaca satu article semasa konfrontasi Malaysia-Indonesia, pada 17 September 1963, dimana Samy Vellu dan Khalid Yunus pernah menurunkan bendera merah puteh Pancasilla Indonesia di kedutaan Indonesia dan menaikkan bendera Malaysia dan mereka menjadi hero dalam sekelip mata. Bandingkan senario Samy Vellu/Khalid Yunus dan Adam Adli, dimanakah perbezaannya.

2 comments:

  1. Pi rumah Adam ni di Penaga dan buat macam dia buat kat bendera Najib - turunkan saja apa yang ada di rumah dia, buat kacau depan rumah tu, buat bising, ganggu orang di situ. Apa macam? Dia suka ke? Bukan kacau negara pun, kacau rumah Adam saja. Samalh dengan apa yang dilaukannya dan berkata tidak salah. Balas balik. Tengok pula apa depa nak kata. Atau lebih baik lagi pi rumah peliwt tegar tu dn buat perkara yang sama. Lagi best bukan ?

    ReplyDelete
  2. Engkau Yang Bernama Adam31/12/2011, 14:31

    Tak perlulah nak turunkan bendera muka bapak dia di rumahnya di Penaga. Ambil seluar dalam dia di jemuran buang tengah jalan.

    Dia tak marah kot, kerana itu isyarat mailah rumah aku, lubang kunyit sedang menanti.

    ReplyDelete