Multiple Pages

31/12/2011

Terbaik Dari Anwar. Politik Hasutan Dan Rusuhan.


Oleh: HHalem.

Dah pulak dah !
Macam pernah kita lihat sebelum ini?
Ini adalah salah satu lagi contoh klasik Anwar sedang didalam proses.

Kepada sesiapa yang biasa dengan stail politik Anwar akan tahu bahawa beliau adalah master didalam bidang menghasut orang awam untuk protes jalanan, kekecohan dan huru-hara.

Anwar tidak peduli kepada sesiapa pun kecuali diri sendiri. Beliau menghabiskan masa politik didalam Umno, mengkayakan diri sendiri dan mengnikmati kuasa sebagai TPM tetapi sekarang mempamirkan image beliau sebagai juara rakyat.

Cukup banyak bukti-bukti video yang beliau mempersendakan dan memperkecilkan PAS dan DAP tetapi sekarang beliau meniduri mereka. Beliau menyakinkan mereka bahawa Putrajaya akan ditakluki dan sudah tentu beliau akan menjadi PM Malaysia.

Inilah contoh bekas Menteri Pendidikan yang mengarahkan semua tanda salib dibuang disemua sekolah missions Kristian, tetapi hari ini beliau disanjung sebagai Penyelamat Kristian oleh puak-puak Gereja.


Beliau juga adalah contoh orang yang mahu meletakkan Gurubesar yang tidak berbahasa China di semua sekolah-sekolah China;  tetapi DAP telah menutup mata dan telinga, memilih menulis sejarah semula, dan mempunyai ingatan yang singkat, malahan memilih Anwar sebagai harapan mereka.

Ini adalah contoh, seorang yang bercakap mengenai moral, tetapi mendakwa bahawa semua sex tape beliau telah di tipu dan beliau bukan pelakon didalam nya.

Sudah tentu terdapat ramai dungu-dungu yang mempercayai manusia durjana ini.
Anwar bercakap pasal ketelusan dan kebertanggungjawaban dan bencinya beliau terhadap korupsi, tetapi kita semua tahu beliau mempunyai banyak kroni disekeliling dan harta benda rakyat yang beliau telah raub habis-habisan.

Mungkin Azmin Ali ingin membawa kita membuat lawatan di garage kereta beliau dan melihat berapa banyak Porche dan Ferarri yang beliau miliki.

Menjelang ketibaan 9 January 2012 mengenai penghakiman mahkamah, beliau secara tipikalnya akan membuat tour seluruh negara secara kaedah pra-pukulan maut untuk memaklumkan kepada pendengar beliau bahawa beliau telah di frame oleh kerajaan.

Laungan, 'tidak, saya buka peliwat'. Laungan , 'tidak, saya bukan penzina' akan bergema seluruh Malaysia. Sudah tentu beliau adalah bekas imam muda, sepertimana pengikut beliau yang telah di-otak-selutkan akan mempercayai beliau.

Beliau dan kuncu-kuncu beliau telah menghantar sms, e-mails dan risalah kepada orang awam untuk bangun memberontak pada 9 Januari 2012 akan datang, di hadapan perkarangan Mahkamah.

Seseorang tidak perlu menjadi ahli saikologi untuk nampak dan mengetahui agenda tersembunyi disebalik poster dan risalah tersebut.

Terang-terangan beliau meminta rakyat memberontak. Beliau tidak peduli langsung tentang akibatnya dan keselamatan awam.

Portal ini menyeru pihak kerajaan supaya bijak dan tidak terperangkap dengan mainan Anwar. Beliau mahu pihak polis menahan perusuh dan talibarut beliau. Malahan media barat, Malaysiakini dan juga The Malaysian Insider cukup tidak sabar lagi untuk menunjukan bahawa Malaysia adalah sebuah negara diktator.

Mari kita lihat samada pengikut beliau dan sesiapa sahaja yang menyokong rusuhan akan lari bertempiran jika Mahkamah memutuskan beliau bersalah dan disumbat kedalam penjara selama 20 tahun.

Jadual Anwar akan jelajah seluruh Malaysia di sini>


Sumber utama diperolehi dari StopTheLies >
Segala terjemahan bebas, jika tersasar, adalah pandangan penulis ini semata-mata.

No comments:

Post a Comment