Multiple Pages

09/12/2011

Hassan Ali Rebah Tersungkur Di Pancung Sebelum Bertanding Di Selangor.


Oleh: HHalem.

1- Ketua Penerangan PAS Negeri, Saari Sungib merangkap ADUN Hulu Kelang memaklumkan bahawa Datuk Hassan Ali menerima kurang pencalonan dari cawangan untuk layak bertanding dan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia pada PRU13 nanti.

Tiga nama diterima tetapi nama Hassan Ali cukup sedikit menerima pencalonan. Ini mengesahkan bahawa pada peringkat Negeri, nama Hassaan Ali tidak ada dalam senarai calon.

"Hasan menerima pencalonan, tetapi kurang daripada tiga individu yang lain. Ia tidak mencukupi, bukan tak dapat langsung," - Saari Sungib ditalipon Mkini.

2- Saari Sungip juga menjelaskan kemungkinan agak tipis untuk Hassaan Ali bertanding di kawasan lain, sekali harung mengesahkan negeri Selangor memang tidak mahukan Hassan Ali.

"Biasanya bagi kerusi negeri, kami beri keutamaan kepada orang yang tinggal di kawasan berkenaan,"


3- Jika Negeri tidak mahu Hassan Ali, ini bermakna kerjaya politik Hassan Ali terletak di tangan pemimpin pusat Pas untuk menerima beliau bertanding atau tidak.

Hassan Ali ni berjuang atas nama Melayu Islam yang sejati, tetapi disebabkan beliau membawa bendera Pas, maka biarlah beliau terus tersungkur dipancung dan lenyap bersama Pas. Lain lah jika beliau bertukar menjadi bebas.

Tetapi harus diingat bahawa Hassan Ali ini adalah penjuang mutlak pencantuman Umno-Pas. Kita masih perlukan beliau di dalam bidang ini untuk penyatuan orang-orang Melayu Islam daripada berpecah belah dan membawa keuntungan kepada DAP Komunis.

Jadi, Hassan Ali meletakan kita pada persimpangan jalan 50-50 samada bersimpati pada beliau atau ingin meng-yahkan beliau. Sekarang kita sudah berbelah bagi!

5 comments:

  1. itulah tandanya rancangan untuk memecah belahkan melayu sudah memberi hasil kepada pihak2 berkenaan. Yang sebenarnya, pada pandangan saya ialah orang melayu a.k.a islam di malaysia ni sudah tidak berpegang kepada agama..rosaknya bangsa kita pada waktu sekarang ni adalah kerana kita sendiri yang semakin jauh dengan agama, melakukan kemungkaran tanpa rasa takut akan pembalasan maha pencipta. maka akan ditimpa dengan bala dan bencana.

    ReplyDelete
  2. ustaz hassan ali pejuang islam sejati, semoga cita2 beliau dipermudahkan....

    ReplyDelete
  3. SAYA BERHARAP SANGAT AGAR DATUK HASSAN ALI AKAN KELUAR DARI PAS DAN MENYERTAI UMNO ATAU MENJADI WAKIL BEBAS...SAYA PERCAYA BELIAU MASIH LAGI BERPENGARUH DALAM BIDANG POLITIK DI SELANGOR...MUNGKIN BELIAU ADALAH CALON YG PALING LAYAK BAGI MENENTANG KHALID SAMAT,AZMIN ALI,KHALID IBRAHIM...

    ReplyDelete
  4. Apa yang berlaku pada Hasan Ali kebelakangan ini adalah ekoran dari masalah dalaman Pas !
    Kemuncaknya apabila pertembungan antara dua kumpulan yang merebut kedudukan barisan tertinggi kepimpinan Pas tempohari.

    Perseteruan itu berlarutan sampai hari ini. Apakah tindak-tanduk Hasan Ali ini atas keinsafan beliau terhadap nasib umat Islam/melayu di Selangor atau cuma tindak balas politik beliau terhadap kumpulan Anwarinas..??

    Tolong perbetulkan pendapat ini jika ianya silap..

    ReplyDelete
  5. PAS menunjuk belang mereka sebenar. Mereka bukan lagi pejuang agama. Pejuang Islam diketepikan sejak berkawan komunis. Selamatkan Islam jauhi PAS... nasihat saya.

    ReplyDelete