Multiple Pages

09/12/2011

Ketua Pendakwa Raya Letak Jawatan. Mungkin Anwar Akan Bebas.


Oleh: HHalem.

1- Baca tajuk berita bagaikan nak pengsan dan hancur lebur, kerana disangkakan Anwar berjaya bolos juga kali ini. Atau setidak-tidaknya Anwar berjaya memperdayakan Peguamcara 2, Datuk Mohd Yusof supaya membelot kepada beliau dan terus meletakkan jawatan.

Apakan tidaknya. Pada Isnin/Selasa iaitu 12 dan 13 December ialah tarikh terakhir mendengar hujah perbicaraan kes liwat Anwar. Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden mewakili pihak Pendakwaraya dan Pejabat Peguam Negara.

Tup-tup dengar berita Yusof hendak resign. Rupa-rupanya Yusof akan meletak jawatan pada 1 Januari 2012 atau 1 Februari iaitu selepas kes Anwar telah dibuat keputusan.


Difahamkan dari Mkini, Yusof, 56, telah meletak jawatan kali ke tiga. Kali ini surat peletakan jawatan beliau diterima dan telah dipanjangkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam.

"Apa pun keputusan perbicaraan kes liwat tersebut, Datuk Yusof dijangka tidak akan lagi mengetuai pasukan pendakwaan apabila keputusan diumumkan,"

"Beliau akan mengetuai pihak pendakwaan untuk kali terakhir sewaktu penghujahan perbicaraan kes liwat itu pada hari Isnin dan Selasa, dan ia dijangka menjadi penampilan terakhir beliau,"
-      sumber Malaysiakini yang terdapat diserata Pejabat Kerajaan .

2- Ada dua petanda dan isyarat di sini.

Pertama, Yusof begitu confident sekali meletak jawatan pada tarikh 1 Januari tersebut. Mungkin beliau yakin bahawa bulan December ini akan merupakan bulan terakhir dan penutup bagi kes liwat Anwar. Samaada Anwar berjaya di-sungai-buluh-kan, itu adalah perkara kedua. Kes selesai.

Keduanya, tidak mungkin kah dengan tipu muslihat pasukan Karpal Singh, kes akan ditangguh lagi sehingga menjangkaui bulan Februari 2012. Mungkin kita masih lagi memerlukan khidmat Yusof sebagai satu pasukan.

Mungkin juga Anwar akan bebas kali ini.

3 comments:

  1. Tidak mustahil juga tekanan dari pihak luar... errr... anwar kan jadi proksi soros. Duit boleh beli apa sahaja. Ugutan juga.... Jika anwar lepas, mungkin juga berlaku, pasti Malaysia bakal alami huru hara hebat. Pakar demonstarai masih bergerak bebas.. pasti akan anjurkan bantahan macam bershit dulu. Kerajaan mesti buat sesuatu, terasa macam ada yang tak kena di sana.

    ReplyDelete
  2. sanggupkah yusuf meninggalkan taik yg akan dikenang oleh sebahagian besar rakyat m'sia pd akhir perkhidmatan? yusuf sendiri tahu jawapannya. andai wang jd ukuran, yusuf tidak akan pilih. hancur berkecai seluruh nama baiknya hanya semata2 faktor kewangan yg sebenarnya tidak membawa banyak makna. kerana apa? kerana bila dh tua, apa lg yg perlu ditunggu selain mati? ingin mati dlm kehinaan? tentu tidak, bukan begitu datuk mohd yusuf?

    ReplyDelete
  3. karpal org yg mahir dlm selok belok perundangan, Yusof mungkin bukan lah subjek besar bg kes ini,

    apabila bertukar peguam, akan bertukar corak pendakwaan. Karpal bersediam mengambil peuang ini.


    kerajaan sudah meletakkan plbgai kemungkinan apabila yusof meletak jawatan kerana perbicaraan mestilah adil dan telus.

    tetapi ini juga peluang kerajaan menempatkan peguam yg lebih besar pengaruhnya dan agresif kerana saya pasti selain Yusof, ramai peguam bersedia utk kes ini.

    ReplyDelete