Multiple Pages

19/12/2011

Najib Di Gelar “ORANG GILA”. Dr Dzul PAS Semakin Tenat.


Oleh: HHalem.

KLPos - Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr. Dzulkefly Ahmad menafikan PAS kini terlalu ekstrim dalam merebut kuasa Kerajaan Pusat sebaliknya hanya berusaha untuk mengambil alih kuasa daripada Pemerintah Kerajaaan sedia ada yang digelar sebagai orang gila.

"PAS tidak gila kuasa tetapi berusaha mengambil alih kuasa dari orang gila,"
             -      kata Dr Dzulkefly Ahmad, anggota Parlimen Kuala Selangor.

Beliau membuat kenyataan sedemikian sebagai serangan balas ke atas beberapa Pemimpin UMNO yang menuduh Pimpinan Pakatan semakin gila kuasa dalam merampas Putrajaya daripada gengaman BN.


"Kita hanya berusaha yang terbaik...supaya kita sentiasa optimis, saya letak sasaran kita adalah untuk mendapatkan pilihan raya yang adil, bebas dan telus,"
             -      kata Dr Dzulkefly yang menjadi tuan rumah malam tadi.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata demikian pada Majlis 'Bersama Dr. Dzul, Malam yang akan Diingati" di sini malam tadi. Turut hadir di Majlis tersebut termasuklah beberapa Pemimpin Pakatan iaitu Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua.

Majlis berbentuk dialog itu turut menjemput Profesor Undang-Undang dari UIAM Dr. Abdul Aziz Bari.

Sumber KL Pos

HHalem:
Sebutan Dr Dzul di atas, adakah ia wajar kerana ia datang dari seorang pemimpin yang dikatakan menghormati prinsip-prinsip Islam dan menegakkan nilai-nilai murni Islam. Ia bukan nya datang dari mulut orang biasa atau sampah-sampah di jalanan.

Apa kah bezanya perkataan diantara  “orang gila” dan “gila kuasa”?

Ini kah moral seorang pemimpin Pas yang perlu kita letakan kepercayaan !

1 comment:

  1. Kebiasaanya orang gila tidak akan mengatakan dia gila, sebaliknya menuduh orang lain yang gila, bergitulah apa yang terjadi pada MP Pas Dr Dzulkefli Ahmad, x gila mcm mana, tiba2 saja mengatakan PM gila, pada hal, tiada pun, perbuatan dari pihak kerajaan, yang nampak gila, lainlah dipihak pembangkang, sememangnya mereka gila, pernah tidur dijalan raya sambil memegang bendera menghalang kenderaan diRaja dan bermesyuarat dibawah pokok DiPerak, ada juga kerana takut ditangkap disebabkan gila pungkor, lari bersembunyi diKedutaan Turki & bermacam lagi Gila dipihak mereka, x akan habis, jikalau nak diceritakan, kegilaan mereka, ada2 saja.

    ReplyDelete