Multiple Pages

19/12/2011

Tiga Bohong Besar Anwar. KeadilanDaily Mati Akal.


Oleh: HHalem.

1- Petikan yang diambil dari lidah rasmi PKR seperti dibawah, sungguh menampakan pembohongan pengarang, hatta sekali gus membuktikan mereka hanya berminat memutar belit dan spinning, seperti blogger jalanan, tanpa mampu memberi bukti-bukti kukuh apa yang diperkatakan.

Rasa-rasa nya bijak pandai PKR lebih mampu berfikir dengan fikiran terbuka dan lebih cerah dari pengarang KeadilanDaily.

2- Mari kita lihat satu persatu pembohongan Anwar melalui KeadilanDaily.

Bohong Besar 1
“Semakan berdasarkan pautan itu, Mahathir melakukan sebanyak 38 pinjaman antara 18 Mei 1982 hingga 30 Mac 1999”


Kita dan Tun Mahathir bersembang pasal penerimaan dana IMF semasa krisis matawang dunia pada tahun 1997-1998, tetapi si pengarang mamat piang ini bersembang dan spin 38 tahun punya pinjaman dari Bank Dunia. Mereka tidak fokus langsung pada zaman gemelot matawang dunia yang dimaksudkan. Nampak sangat pengarang Keadilan, seperti juga Harakah sengaja merencatkan akal sendiri.

Semua negara dunia meminjam dari Bank Dunia untuk membiayai projek-projek pembangunan di negara masing-masing, termasuk Malaysia. Tetapi pada krisis matawang dunia, syarat-syarat adalah lebih ketat sehingga Malaysia boleh menjadi hamba kepada Barat Yahudi jika pinjaman dilakukan.

Pada krisis kewangan 1997–1998, IMF telah meletakan syarat-syarat pinjaman yang melampau sehinggakan Tun menghalau agen ‘IMF’ keluar dari office beliau. Lihat video berkenaan di sini >
  
Bohong Besar 2
“Walaupun Mahathir kerap memfitnah Anwar, bekas Presiden Umno itu bersekongkong dengan Jack Abramoff untuk melobi bagi bertemu Presiden Amerika Syarikat, George W Bush”

Kes Jack Abramoff ini tidak memerlukan Tun memfitnah Anwar, tetapi rakyat tidak sebodoh seperti Pengarang KeadilanDaily dan Harakah dan segala bukti-bukti memang semua orang tahu.

Di percayai staff-staff KeadilanDaily dan Harakah sengaja membutakan hati walaupun mereka sebenarnya hari-hari membaca AnwarAidc.

Jikalau nak tahu kes-kes dan bukti Anwar bersangkut paut dengan “Agen Amerika Yahudi” sila selongkar di sini > untuk membacanya.

Jikalau KeadilanDaily mempunyai bukti-bukti bahawa Tun bersengkongkol dengan Abramoff, sila kasi rujukan supaya kita sama-sama boleh membacanya.

Jika benar pun Tun bersengkongkol dengan Abramoff, adakah ia bertujuan untuk memburuk-burukan dan menjatuhkan image, malah menjahanamkan ekonomi Malaysia di mata dunia seperti yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim. Ini dua perbezaan yang jelas dimana pengikut PBB Pkr langsung tidak dapat membezakannya.

Apa yang pengikut PKR yang PBB selalu sebut berdasarkan laungan Anwar ialah Tun Mahathir zalim. Apa itu zalim? Di mana zalimnya? Bila zalimnya? Berapa ramai yang Tun dah bunuh orang dengan begitu kejam sekali? Hanya pandai menyebut perkataan zalim seperti orang PBB, tapi buktinya tiada.

Bohong Besar 3
“Sedangkan, Anwar ketika masih Menteri Kewangan pernah menulis kepada Bank Dunia bahawa Malaysia tidak lagi memerlukan bantuan institusi kewangan itu”

Setakat pandai menyebut ‘Anwar pernah menulis kepada Bank Dunia’, sesiapa sahaja pun boleh menyebutnya. Sikap Pengarang KeadilanDaily tidak lebih dari blogger jalanan. Kita mahu mereka pamirkan bukti salinan surat tersebut. Seledup keluar salinan surat tersebut dari Pejabat Menteri Kewangan jika perlu kerana masih ramai lagi kuncu-kuncu Anwar didalam sana.

Teringat kita bagaimana peristiwa 6 kotak dokumen rahsia yang dibodohkan oleh Anwar, dan di-spin oleh Senator Ezam yang tertipu hidup-hidup ketika itu.

Sebagai penutupnya diharap pengikut-pengikut PKR dan PAS yang cerdik-cerdik dan masih mampu berfikir; bertindak lah mengikut kebenaran dan tidak mengikut-ikut hati anda yang kecewa.

Jika Anwar di Sungai-Buluh-kan atau jika parti PKR di bubarkan atau lebih pasrah lagi jika Anwar mati, dimana kah pegangan anda selepas ini. Adakah anda akan tersipu-sipu datang kepada Umno atau bertempiaran lari kepada parti PAS?

2 comments:

  1. Sebenaq nya 10 pembohongan besaq.... Sila update lg..

    ReplyDelete
  2. tak faham aku dengan Nuar...dgn harakah dengan KETIDAKADILAN DAILIh....kalau faham inginjuga nak sokong...bukan apa letih member ni buat TOUR COnSERT....penonton tak ramai datang lah awak...nayanyi 2 jam ...soerang seorang berbaloi ke.inda ka kapeh neh...inda be usin kitak neh wang..jadi aku tetap sokong DAtuk SRI NAJIB la...WAllan.cali lah ..kata orang LIMBANG

    ReplyDelete