Multiple Pages

06/12/2011

Tarik Tali Antara Aziz, Prof Zaleha, Khaled Nordin. Siapa Lembu?


Oleh: HHalem.

1- Menteri Pengajian Tinggi, DS Khaled Nordin menjawap kepada MInsider bahawa kementerian beliau tidak terlibat dalam membuat keputusan samaada Aziz Bari patut berhenti dari UIA atau tidak, dan jenis tindakan terhadap pensyarah fakulti undang-undang tersebut.

“Kementerian tidak terlibat dengan sebarang tindakan termasuk siasatan terhadap Aziz Bari perkara itu,  saya serahkan kepada pihak pengurusan UIA untuk membuat sebarang keputusan ”

“Biar UIA yang putuskan perkara itu ”

          -      Khaled Nordin pada sidang media pelancaran Program   Latihan Industri Graduan Berimpak Tinggi HEIGIP di pejabatnya.

Hanya UIA yang berhak untuk membuat sebarang keputusan terhadap Aziz, kata Khaled.


2- Ini pula jawapan Rektor UIA Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin.

“Keputusan itu hanya Aziz yang berhak menjawabnya ”.
“Itu semua terpulang kepadanya ”


Ada kah Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi sedang tarik tali dengan Rektor UIA? 

Khaled Nordin memang benar dan berasas menyatakan Kementerian beliau tidak terlibat. Segala keputusan adalah dipihak UIA dan Kementerian hanya menerima lapuran keputusan yang telah dibuat oleh UIA.

3- Di antara Prof Zaleha UIA dan Aziz Bari pula, siapakah yang benar dan sedang menarik tali didalam hal ini.

Dengan statement yang tidak berapa mesra-alam yang dikeluarkan oleh Prof Zaleha melambangkan Aziz Bari memang tidak dialu-alukan supaya duduk lebih lama di UIA. Dengan ringkasnya, Aziz Bari Aziz Bari boleh berambus anytime.

4- Lihat apa komen Aziz Bari didalam situasi begini.

"Apa yang berlaku sekarang maknanya saya tak nampak pihak universiti nak beri tunjuk sebab lagi dan saya tak nampak universiti boleh pecat saya. Tetapi itu tidak bermakna saya selesa di UIA,”
          -     Video akuan benar oleh Aziz Bari di sini >

Aziz Bari berkata benar bahawa, ‘saya tak nampak universiti boleh pecat saya’ dan itu lah menyebabkan Prof Zaleha berkata bahawa keputusan berhenti hanya terletak pada tangan Aziz Bari sendiri.

Jadi disini, Aziz Bari merupakan manusia bengong kerana beliau sendiri mengakui ‘tidak selesa’ di UIA dan beliau sudah terlebih tempoh berada di UIA. Cuma lagak dan angkuh beliau sahaja yang membuat beliau masih berada lebih lama.

Adakah Aziz sekarang sedang merayu-rayu mencari wang untuk bertanding, di sini >

1 comment:

  1. so-called pakar perlembagaan yg tatau undang-undang...
    learn how to read between the lines..

    ReplyDelete