Multiple Pages

19/01/2012

Bersih 3.0 - Nazri Menyalak Lagi.


Oleh: HHalem.

1- Menteri di Jabatan Perdana Menteri,  Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz, memberi amaran kepada peserta Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil Pakatan (BERSIH) yang mereka akan berdepan dengan tindakan undang-undang jika mereka sekali lagi turun ke jalanan dan mengadakan himpunan.

"Kalau ada yang turun lagi ke jalanan, mereka akan berdepan dengan tindakan undang-undang,"  - Nazri

Nazri memberi amaran terhadap kenyataan pengerusi BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan yang  mengumumkan bahawa NGO itu tidak akan teragak-agak untuk sekali lagi turun ke jalanan bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini jika cadangan mereka gagal dilaksanakan oleh pihak berkuasa.

2- Amaran-amaran seperti diatas yang kita selalu dengar dari Nazri dan juga pihak polis sehingga kita kadang-kadang naik muak mendengarnya. Ini kerana kerajaan tidak serious dan dipandang tidak mempunyai kuasa langsung untuk menahan penganjur-penganjur seperti Ambiga, secara pre-emptive measure. Jadi Nazri hanya mampu menyalak kepada ‘sesiapa yang turun di jalanan akan ditangkap’.

Nazri dan kerajaan cukup lemah. Seperti biasa Nazri kemudiannya akan berkata bahawa penguatkuasaan bergantung kepada pihak polis. Habis cerita !

Penahanan secara pencegahan awalan terhadap penganjur Bersih tidak langsung berani dibuat, mungkin kerana Ambiga seorang Peguam yang berpengaruh. Sebab itu lah kenapa Ambiga dipilih sebagai Pengerusi, supaya orang-orang Kerajaan seperti Nazri gentar.

Begitu juga perlantikan Pak Samad sebagai Pengerusi Bersama Bersih 3.0. Sebab-sebab kenapa terjadi demikian di sini>

No comments:

Post a Comment