Oleh: HHalem.
Pak Samad Kena Kencing Kuda Ambiga.
1- Semalam kita lihat Pok Nick menyeru supaya Bersih 3.0 yang telah lama dirancangkan supaya di gerakgempurkan dengan segera. Baca seruan Pok Nick di sini >
Hari ini, Datuk A Samad Said telah dipersetujui akan dilantik sebagai Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil Bersih (Bersih 3.0). Ia disahkan oleh Ambiga sendiri.
“Ya. Saya sahkan mengenainya tetapi kami juga akan mengumumkan lain”
- Ambiga kepada MInsider
- Ambiga kepada MInsider
2- Soalan nya di sini, kenapa kah Pak Samad dipilih sebagai Pengerusi Bersama Bersih 3.0 di samping Ambiga?
a- Kita lihat pada Bersih 2.0 yang lalu Pak Samad boleh diperkudakan ke hulu ke hilir sehinggakan ke depan pintu Istana, video di sini>. Sudah tentu title “Sastrawan Negara(1985)” dan “Sastrawan Nusantara(1999)” yang ada pada Pak Samad dilihat cukup memberi faedah dan kelebihan.
Sastrawan Negara adalah umpama kaca yang perlu di kendalikan dengan cermat supaya ia tidak pecah berkecai. Ia perlu di ‘handle with care’ oleh pihak kerajaan dan pihak polis.
Membuat lebih kurang kepada Pak Samad akan menerima cemuhan di segenap lapisan masyarakat. Ini yang dipergunakan sepenuhnya oleh Pakatan Rakyat. Malahan Pak Samad amat rela diperlakukan demikian.
b- Bagi Pak Samad pula, ini lah peluang keemasan yang dinanti-nantikan oleh beliau yang bersifat anti-establishment yang memang membuku di jiwa Pak Samad semenjak dari zaman muda beliau bersama pejuang Tanah Melayu. Mungkin Pak Samad menganggap beliau menunggang kuda Pakatan Rakyat dan berasa seronok berbuat demikian.
Malah Pak Samad celaru dengan perbezaan diantara pejuang kemerdekaan tanahair dan berjuang merobohkan Tanah Melayu kerana hasutan Anwar. Beliau masih lagi ditahap lama kerana meniup angin kebencian menentang DS Najib si golongan Bangsawan
Apa-apa pun yang dilihat di sini, Pak Samad akan berakhir seperti Shahnon Ahmad yang menyesali tidak tanduk beliau bersama PAS di saat-saat nyawa di hujung terowong.
Note:
Dato' Haji Shahnon bin Ahmad dilahir 1933 di Sik, Kedah.
Gelaran Sasterawan Negara pada tahun 1982.
Bekas Ahli Parlimen Sik tiket PAS.
Profesor Emeritus di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Kau ni HHalem, kenapa la kau lembukan Pak Samad tu. Bukankah LEMBU tu disinonimkan dengan UMNO. Lembu kenyang refers to Pak Lah, Lembu Kondo to Sharizat. Lembu bangang pula....ramai termasuk la engkau!
ReplyDelete