Multiple Pages

20/01/2012

Buatan MB Khalid - Beberapa Musibat Pelik Kepada PAS.


Oleh: HHalem.

1- Berikutan pemecatan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, jawatan Portfolio Hal Ehwal Agama Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam telah dibolot sendiri oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari PKR. Manakala Dr Ahmad Yunus Adun PAS Sijangkang yang sepatutnya mengantikan Hasan Ali hanya diberi jawatan Portfolio Adat-adat Melayu, Belia dan Sukan.

Ia menimbulkan keganjilan dan kepelikan yang amat ketara dimata masyarakat.

2- Berikut ialah beberapa persoalan yang memang tidak boleh dijawap oleh pentadbiran Khalid Ibrahim di Selangor, mahupun PAS sendiri.

a- Masyarakat melihat parti PAS terpaksa menjadi "pak turut" kepada parti komponen Pakatan Rakyat (PR) ekoran Exco Hal Ehwal Agama Islam diambil sendiri oleh MB Khalid dari PKR.


b- "..Maruah Pas sebagai sebuah parti Islam telah dipijak,” – Hasan Ali.

c- Memburukan lagi image dan memberi satu tamparan hebat tentang kedudukan PAS dalam kerajaan PR Selangor. Ia membayangkan PKR-DAP sudah tidak mempercayai parti PAS untuk memegang urusan pentadbiran negeri itu.

d- "..Menggambarkan yang Adun Pas yang ada dilihat tidak layak dan tidak berkemampuan untuk memikul portfolio penting yang telah saya pikul sebelum ini” – Hasan Ali.

e- "..Saya khuatir apabila memikirkan sebuah hadis Nabi yang menggambarkan saat kehancuran akan tiba apabila sesuatu jawatan diserah kepada bukan ahlinya akan menjadi kenyataan." – Hasan Ali.

f- “..Pemimpin tertinggi dan ahli PAS harus sedar bahawa jasa yang mereka taburkan selama tiga tahun bersama dengan pakatan kini telah dikhianati” - Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor GAPS,  Hamidzun Khairuddin kepada Utusan Malaysia.

g- “..Selepas ini urusan berkaitan hal ehwal Islam di Selangor akan lebih bercelaru memandangkan Khalid bukan datang daripada latar belakang yang mahir dengan selok-belok agama ” – GAPS Hamidzun.

h- “..Mana pergi suara-suara lantang dalam PAS kenapa mereka tidak pertahankan portfolio agama yang seharusnya disandang oleh PAS atau sudah tiada calon di Selangor layak pegang jawatan itu ” – GAPS Hamidzun.


Adakah PAS akan mempertikaikan buatan terkutuk Anwar-DAP atau membiarkan sahaja penghinaan yang begitu keji ini dan PAS sanggup dipandang rendah oleh masyarakat di Selangor.

Semua ini berlaku adalah kerana PKR-DAP mahu kuasa mengawal (controlling power) terhadap beberapa isu sensitif yang melibatkan orang-orang Kristian. Ia benar-benar untuk mengambil hati dan mengembirakan PKR-DAP-Kristian.

Seperti biasa, MAIS dan JAIS akan berdiam diri semula (hibernate) sehingga muncul kembali orang seperti Hasan untuk menerajui mereka. Dibawah PAS-PKR, Islam semakin malap dan menjadi Pak Turut kepada DAP.


Di olah dari bahan utama SinarHarian.

2 comments:

  1. Macam biasa, penganut2 PAS buat2 tak nampak artikel ni...

    Come on la PAS, sampai bila nak jadi pondan.

    ReplyDelete
  2. Salam .... hebat jugak parti pas nih sampai leh buat org anggap islam tu pas sahaja yg layak ... padahal islam tuh hak sumer org ... DHA pun bukannyer back ground Islam ... so x de hal lah kalau TSK yg pegang portfolio tuh ...

    hata..

    ReplyDelete