Multiple Pages

20/01/2012

Karpal Di Arah Bela Diri. Saiful Pula Berjaya Ke Mahkamah Rayuan.


Oleh: HHalem.

Sebelum ini Mahkamah Tinggi membebaskan Karpal Singh atas dakwaan mengeluarkan kata-kata hasutan kepada Sultan Perak semasa krisis perlembagaan negeri itu pada 2009.

Hari ini pula Mahkamah Rayuan mencapai keputusan sebulat suara untuk mengarah Karpal membela diri, setelah rayuan dibuat oleh Jabatan Peguam Negara.

Dalam penghakiman selama dua jam itu panel tiga hakim berkata rayuan itu berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Karpal Pengerusi Kebangsaan DAP .


Tiga hakim ialah:-
Datuk Ahmad Maarop
Datuk Clement Alan Skinner dan
Datuk Mohamad Apandi Ali
..........................

Didalam perkembangan yang lain kita mengharapkan Saiful berjaya juga didalam kes beliau yang telah di failkan oleh Pejabat Peguam Negara hari ini.

Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat.

Rayuan itu difailkan pada jam 4.30 petang ini di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pada 9 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari yang juga bekas pembantunya.

Sumber Mkini dan MInsider

No comments:

Post a Comment