Multiple Pages

06/01/2012

Hadi Awang Menipu Dan Cuba Lari Dari Kempen 901.


Oleh: HHalem.

1- Sekurang-kurangnya tempelakan Hassan Ali terhadap Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani, mengenai sikap pemimpin PAS memperjuangkan hak individu Anwar yang bergelut dengan masalah peribadi, memberi kesan yang mendalam terhadap Hadi Awang. 
Video tempelakan Hassan di sini >

PAS beriya-iya benar, termasuk Presiden PAS Hadi Awang, akan menyertai Perhimpunan Kempen Bebaskan Anwar 901 yang akan dianjurkan oleh PKR di pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Isnin ini.

Setidak-tidaknya Hadi Awang berjaya mengelirukan, malah berjaya menipu pengikut PAS mengenai kehadiran beliau untuk menyertai Kempen Bebas Anwar 901.

2- Hari ini sebaliknya, Hadi juga Ahli Parlimen Marang memaklumkan hanya akan hadir di Mahkamah Tinggi bagi mengetahui keputusan mahkamah dan menyatakan sokongan kepada Anwar sebagai Ketua Pembangkang, tetapi tidak menghadiri kempen Bebaskan Anwar.


“Saya akan hadir (di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur) tetapi hanya untuk lihat (perkembangan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim) di mahkamah (pada 9 Januari ini). (Sama ada) beliau (Anwar) kena hukum atau dibebaskan atau apa”

Hadi tidak menyatakan sama ada menggalak atau mencegah ahli Pas menyertai perhimpunan dirancang PKR itu pada hari sama dan menyerahkan perkara itu kepada ahli Pas untuk membuat keputusan.

“Saya juga tidak galak atau cegah ahli sertai perhimpunan. Ia terserah kepada ahli buat keputusan sendiri,”

Sesiapa yang mahir akan dapat membaca muslihat Hadi, dan tidak akan mudah terjebak.

Ini adalah kerana Hadi semata-mata hendak mengelakkan diri beliau daripada dipandang menyokong rusuhan jalanan. Hadi akan mudah menjadi sasaran pihak Polis untuk disumbat kedalam Black Maria jika beliau menyertai rusuhan. Atau adakah beliau telah phobia dan ngeri dengan apa yang berlaku semasa rusuhan Bersih 2.0 dahulu.

Di sebaliknya, jika muslihat Hadi berjaya, pihak Polis akan menghadapi masalah besar nanti, apabila semua 100,000 orang perusuh akan meniru muslihat Hadi Awang dan masing-masing berpura-pura ke Mahkamah untuk menyaksikan kes Bicara.

Di harapkan pihak Polis lebih bijak daripada apa yang kita sangkakan.

Sumber dari Sinar Harian di Rusila.

1 comment:

  1. Polis kita tak de telur dan tak berani nak buat apa sebab Najib pentingkan populariti dari keamanan.

    ReplyDelete