Multiple Pages

06/01/2012

Ummi Hafilda Hendak Melondehkan Atau Ummi Terlondeh Kain.


Oleh: HHalem.

Ummi Hafilda lagi ! Bergegar-gegar tapi tidak ada apa yang berlaku.

Jika orang-orang kanan Anwar yang telah insaf dan lari terjun dari kapal beramai-ramai, seperti YB Zul Kulim dan Datuk Nalla yang telah nampak cahaya dihujung terowong, telah mendedahkan pelbagai rahsia peribadi Anwar, tetapi ia tidak sedikit pun menjejaskan kredibiliti Anwar.

Menjelang tibanya 901, ramai  bekas-bekas penyanggak yang menyanjung Anwar sebelum ini, kini melompat untuk mendapatkan kredit sebelum keputusan pada 901 dibuat di Mahkamah mengenai kesalahan Anwar.

Minggu lalu, Raja Petra telah melondehkan pelbagai rahsia Anwar (di sini>), tetapi tidak sedikit pun mengoyangkan Anwar.

Hassan Ali juga semalam tumpang semangkok memberi tumbukan rusuk kepada pemimpin-pemimpin PAS dan PKR, video di sini >

Semalam Ummi Hafilda sekali lagi menyanyikan lagu-lagu lama beliau yang sedikit pun tidak menghairahkan seperti awal-awal dahulu.

2- Mari kita lihat dendangan Ummi Hafilda yang dipetik dari Sinar Harian.


Dakwa Ummi, beliau akan, membongkarkan ‘rahsia dalam selimut’  tiga sekawan ‘bateri 3A’ yang cuba menghancurkan Institusi Raja-Raja. Ummi menyeru Raja-raja Melayu menarik balik gelaran Datuk Seri yang diberikan kepada Anwar.

“Sekiranya perancangan itu berjaya, Anwar berjanji akan dilantik dirinya menjadi Presiden dan Min (Azmin Ali) sebagai Perdana Menteri. Perkara ini berjaya dilaksanakan sekiranya, Majlis Raja-raja dihapuskan dan mereka akan berbuat demikian atas alasan kehendak rakyat”

“Saya tahu mengenainya dan perancangan pemimpin PR ke arah ini. Malah, Anwar berjanji melantik Min sebagai Menteri Kewangan dan Menteri Dalam Negeri. Untuk itu saya menggesa raja-raja Melayu menarik semula panggilan Datuk Seri yang diberikan kepada Anwar,” - Ummi dipetik Sinar Harian.

Ini dendangan lama Ummi yang amat memboringkan . Tiada apa-apa yang baru. Akan dedah ! Akan dedah !

Kita akui kita memerlukan kesemua bekas-bekas penyangak Anwar berkumpul dan melondehkan Anwar dengan serentak walaupun beliau telah di-sungai-buluhkan nanti, supaya parti PKR berkubur terus dan Pakatan Rakyat terlerai burai.

2 comments:

  1. kesian Umi hafilda.Tindakannya macam mak janda yg gila meroyan dan gila talak.

    ReplyDelete
  2. salam tuan, saya tak jumpa emel tuan... mohon kirimkan ke dinturtle@hotmail.com ya

    ReplyDelete