Multiple Pages

16/01/2012

Pok Nick Menghasut: “Ayuh, Kita Bangkit Menggerakkan Bersih 3.0”. Bersihkan Malaysia Dari Pakatan.


Oleh: HHalem.
Pok Nick Di Sapu Bersih Pada PRU13.

"Bersihkan Malaysia Dari Pakatan Rakyat"

1- Pok Nick pada ucapan "Bersihkan Malaysia" di Konvensyen Pakatan ke 3 di Alor Setar semalam pada 15 January menekankan dan menuduh bahawa, “proses pilihan raya yang berjalan sekarang nampaknya paling tidak adil dan penuh dengan pelbagai spekulasi yang mendera dan menekan PAS dan rakan-rakan Pakatan Rakyat”

Setelah menuduh SPR mendera dan menekan PAS, Pok Nick menyeru agar Bersih 3.0 yang telah lama dirancang agar dipercepatkan.

“Justeru, kenangan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 lalu perlu dipersegarkan, meskipun pihak Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib telah menggunakan taktik melengah-lengah menerusi pengisytiharan Jawatankuasa Terpilih Khas Parlimen ke arah penambahbaikan pilihan raya. Ia suatu usaha yang patut diragui keikhlasannya”

Pok Nick mahu Kerajaan BN terus diasak dengan Bersih 3.0.

“Ayuh, kita bangkit menggerakkan Bersih 3.0 demi memenuhi pilihan raya yang adil, telus dan bersih”

2- Mari kita lihat siapa kah akan diasak terlebih dahulu, samada Kerajaan BN akan dibersihkan dengan Bersih 3.0 atau Pakatan Rakyat akan langsung di sapu bersih pada PRU13 nanti.

Jika DS Najib masih lagi dengan kami masih perlu mengotakan janji-janji kami >”, yang kita rasakan telah dikotai selama ini, maka dirasakan Bersih 3.0 akan mendahului sebelum PRU13.

Ucapan penuh Pok Nick di HarakahDaily>

6 comments:

  1. Mari kita beri peringatan kepada Pok Nick cara hamba Ar-Rahman berjalan di muka bumi.

    ReplyDelete
  2. heran...betul ke ayat ni“proses pilihan raya yang berjalan sekarang nampaknya paling tidak adil dan penuh dengan pelbagai spekulasi yang mendera dan menekan PAS dan rakan-rakan Pakatan Rakyat”

    -berdemo demi sosialis(agama boleh tolak tepi - dapat dah
    -dakwat kekal- dapat dah
    -update list pengundi terbaru- dapat dah
    -peluang untuk pertikaikan list pengundi- dapat dah
    -agenda bersih dalam memorendom - mana yang tak dapat lagi?

    dari segi mana kena dera ni????spekulasi siapa yang buat spekulasi ni???

    hermm hari tu kata tak boleh fitnah macam saiful, tapi hari ni dia kata fitnah lah macam saya, bia takder bukti pakai air liur jer konfirm sahih.

    ReplyDelete
  3. Anwar yg suka sangat "menekan" tu tak pulak dia heboh atau komen.

    Apadah orang tua nyanyuk ni ...

    ReplyDelete
  4. Bro, masih ingat artikel anda mengenai Pork Nick berjanji nak beri peruntukan pada syarikat SKMK di Kelantan tempoh hari??

    http://hhalem.blogspot.com/2011/11/surat-pok-nick-selamatkan-nyawa-skmk.html


    Dalam akhbar hari ini, janji Pork Nick tu hanya sekadar lembut gigi dari lidah je.. hehehe, bewak hidup punye Pork Nick.


    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0116&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_11.htm

    ReplyDelete
    Replies
    1. :-) Ingat lagi..

      dah tulis 3 art ke belakang sebelum ini.

      Kena go-a-stern (undur belakang gostan) 3 langkah..

      Delete
    2. http://hhalem.blogspot.com/2012/01/pok-nick-menipu-wang-bantuan-kelantan.html

      Delete