Oleh: HHalem.
1- Sinar Harian ada melaporkan bahawa, ‘DS Najib Razak berkata beliau berharap pilihan raya umum akan dapat diadakan "tidak lama lagi" tetapi menurutnya kerajaan masih perlu membuktikan bahawa pembaharuan ekonomi berjaya memberikan kesan sebenar sebelum beliau bersedia mengembalikan semula kuasa kepada rakyat’.
Dalam satu wawancara yang diterbitkan Wall Street Journal hari ini, Najib berkata;
"Anda boleh memiliki semua tarikh tetapi anda mesti merasakan bahawa inilah masa yang sesuai. Saya berharap ia akan menjadi satu masa yang tepat tidak lama lagi, tetapi kami masih perlu mengotakan janji-janji kami dan ini amat penting kepada rakyat untuk merasakan bahawa pembaharuan yang dijanjikan sebenarnya memberi manfaat kepada mereka,"
Agak pelik sekali imbas membaca statement yang dikeluarkan oleh DS Najib.
PRU 13 “tidak lama lagi”, tetapi kenapa kerajaan masih lagi perlu membuktikan yang dasar beliau berjaya. Adakah ia belum berjaya lagi selama ini sehingga ia perlukan bukti lagi? Ini cukup kacau!
PRU 13 “tidak lama lagi”, tetapi kenapa kerajaan masih lagi perlu membuktikan yang dasar beliau berjaya. Adakah ia belum berjaya lagi selama ini sehingga ia perlukan bukti lagi? Ini cukup kacau!
Kenapa DS Najib, “masih perlu mengotakan janji-janji kami” kerana masa telah singkat sehingga tarikh akhir March 2013. Ia membawa erti, banyak lagi janji-janji yang belum dikotakan. Ini juga cukup terharu!
2- Nak dikatakan bahawa, ‘suasana ekonomi global yang merosot terutamanya krisis hutang yang berterusan di Eropah boleh menyukarkan beliau membuat keputusan berhubung bila pilihan raya boleh diadakan’, agak pelik juga. Ini kerana beliau cukup yakin dengan apa yang berlaku di dunia luar sana dimana ia tidak menjejaskan ekonomi Malaysia begitu teruk.
"Namun setakat ini, kami masih agak selesa kerana daripada segi jumlah dagangan yang melibatkan Kesatuan Eropah hanya melibatkan kira-kira 9 peratus, oleh itu kami tidak begitu terjejas,"
Habis macam mana sekarang? Semua kenyataan Najib bercanggahan dengan apa yang kita harap-harapkan. Jika kepala tidak berkeyakinan, maka ekornya apa lagi, tentu konpius.
DS Najib mungkin tidak yakin dengan PRU13 disebabkan ‘banyak lagi janji-janji yang belum dikotakan’ dan phobia terhadap Anwar mungkin menjejaskan pandangan beliau kerana Najib berpendapat bahawa, “apa yang penting kini ialah kita mesti meneruskan kehidupan,"
Anda mungkin mempunyai pandangan yang berbeza, terus baca dari sumber asal di sini>
tuan saya rasa anda yang phobia dengan anwar, ds najib cakap benda ang masuk akal, sampai terbelit-belit kupasan tuan, sikit lagi boleh jadi konspirasi teori basi. tenang jangan kalut !
ReplyDeletemat tak kalut
Bagi chancelah...nanti kata pulak tidak menunaikan jani.....biar rakyat betul2 terima . Nak memuaskan NAFSU2 rakyat 99.99999%.
Deletehantulaut
Apa yg PM nak gambarkan sebenarnya adalah supaya kita tidak dapat mengagak bilakan pilihan raya.. pada masa yg sama dia cakap dah sedia.. tetapi mau kotakan janji dulu.. so rasanya tak boleh la nak agak bila... the longer the better... pasal BN ada byk lagi kerja2 utk rakyat yg nak dibuat and hasil program transformasi masih belum cukup kukuh... dalam masa yang sama semangkin panjang masa yg ada.. kita guna untuk hapuskan isu2 yg tidak menguntugkan BN dan pada puak pembangkang pula.. makin lama stim mereka makin habis.. dan biar mereka roboh sendiri demi merebut kuasa sesama mereka..
ReplyDeleteBro Halem, kalau sudi bolehlah link kan blog saya yg tak seberapa.. wubra.blogspot.com
Tq
:-) OK Bro..
DeleteSebenarnya pemimpin tak gentar...nak gentar apa? Yang gentar adalah rakyat. Pentadbiran mana yang akan memberhentikan separuh drp penjawat awam nanti.....LoL
ReplyDelete