Multiple Pages

11/02/2012

Daim Zainuddin Mengkritik Shahrizat. Boleh Gulung Kain Segera.


Oleh: HHalem.

1- Hari ini nasib Shahrizat cukup malang lagi apabila Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin berkata agak sukar bagi Ketua Wanita Umno Datuk Sharizat Jalil bertanding sekali lagi di Lembah Pantai setelah tewas pada PRU tahun 2008.

Sebaliknya Daim berkata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin adalah calon paling sesuai untuk merampas balik kerusi Lembah Pantai pada pilihanraya umum akan datang.

2- Daim jarang-jarang sekali memberi komen politik, dan pandangan beliau masih lagi didengari. Ini yang membuat tamparan hebat ke muka Shahrizat yang telah parah.

Masih kah kita ingat bagaimana Daim membuat komen politik bahawa 5 negeri akan tewas ke tangan Pakatan semasa PRU 12 dahulu?.  

"Saya tidak nampak Shahrizat boleh ke kawasan ini...kerana dia kalah. Kalau kalah, nak cuba lagi...saya ingat susahlah. Itu pandangan saya,”  

“Sekarang ada ketua bahagian, seorang menteri (Raja Nong Chik). Kalau tidak pilih dia, nak pilih siapa lagi" - Daim di majlis anjuran Umno di Lembah Pantai - Bernama.


Daim, bekas Bendahari Umno memberi pandangan bahawa peluang merampas kembali kerusi Lembah Pantai memang ada jika ahli-ahli UMNO bersatupadu dan pucuk pimpinan memilih calon yang betul, iaitu memilih Nong Chik. Walaupun ia amat sukar untuk dimenangi.



Pada PRU 12 lalu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Nurul Izzah Anwar mengalahkan Sharizat di Parlimen Lembah Pantai dengan undi 21,728 berbanding Shahrizat hanya 18,833 undi.

3- Dengan itu, boleh kah kita katakan bahawa riwayat politik Shahrizat hanya membilang hari, jika DS Najib menerima pakai pandangan Daim. Shahrizat boleh golong kain dengan segera dan sinsing lengan baju untuk tenyeh mulut Daim.

Dimana kah kawasan yang paling selamat sekali untuk diletakan Ketua Wanita Shahrizat untuk bertanding? Selain daripada beliau gugur dengan bermaruah di medan PRU13. Sanggupkah kita kerugian 1 kerusi Parlimen hanya untuk menjaga maruah seorang Wanita? 

Sumber Bernama.

No comments:

Post a Comment