Multiple Pages

04/02/2012

Hasan Ali Di Lamar Sebagai Presiden KITA.


Oleh: HHalem.
Bakal Presiden KITA.

1- Semalam perwakilan negeri Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) sebulat suara mendesak Presidennya, Datuk Zaid Ibrahim meletak jawatan secara terhormat setelah gagal menerajui parti. Masing-masing membelasah Zahid begitu teruk sekali kerana Zahid memandai-mandai hendak membubarkan parti KITA pada EGM akan datang, lihat di sini >

Zahid pula, setelah menyedari diri telah gagal, memberi alasan yang langsung tidak masuk akal dimana secara logiknya beliau yang sepatutnya menarik diri sebagai Presiden KITA, bukannya membubar KITA. Alasan Zahid di sini >

Malahan, besar kemungkinan Zahid akan malu besar nanti jika beliau akan disingkirkan sebagai Presiden untuk menyelamatkan KITA oleh wakil-wakil dari Kedah, Selangor, Pulau Pinang, Johor, Sabah dan Sarawak.

Apa yang dilihat, kemelut KITA tidak akan mudah diselesaikan dan akan berpanjangan melangkaui PRU13 nanti.

2- Di waktu yang sama, apa yang berlaku sekarang didalam KITA, berbetulan dengan kes penyinkiran Hasan Ali dari PAS, Hasan dipandang amat sesuai untuk menerajui KITA mengantikan Zahid sebagai Presiden.


Sehubungan itu, wakil KITA dari setiap negeri telah menyampaikan hajat untuk merisik dan seterusnya melamar Hasan sebagai Presiden.

Zamil memberi alasan pihaknya akan bekerjasama dengan Hasan kerana berpendapat beliau pemimpin yang mempunyai pendirian jelas dan perjuangannya hampir selari dengan parti berkenaan.

“Hasan mempunyai pengaruh kuat dan saya percaya, sekiranya beliau menerajui parti ini, tidak mustahil Kita akan kukuh. Lagipun Kita akan menjadi kuasa ketiga, sesuai dengan konsep dibawa Hasan untuk diterjemahkan dengan perjuangan parti ini” - Zamil

Begitu juga lah diperkatakan sebelum ini apabila mereka melamar Zahid untuk menerajui parti yang sedang mencari-cari arah tujuan.

“Sekarang Kita akan berhadapan dengan peperangan besar iaitu pilihan raya umum. Di Kedah, 18 calon digembar-gemburkan menawarkan diri, jadi di mana maruah kami apabila pemimpin yang akan dicalonkan, tiba-tiba partinya pula dibubarkan,”  - Zamil.


3- KITA sedang mencari-cari peneraju yang berwibawa untuk menyelamatkan maruah dan Hasan sedang mencari platform yang kukuh untuk berperang. Ini dilihat sangat bertepatan pada masanya, seolah apa yang terjadi terdapat hikmah yang cukup baik bagi Hasan Ali dan KITA.

Jika KITA tidak kisah dengan tag negatif bahawa Presiden mereka adalah bekas reject atau orang buangan, maka dilihat KITA akan berperanan lebih penting dan kuat sebagai “third force” berbanding dengan AMANAH yang diterajui oleh Ku Li.

Hasan telah di risik melalui hebahan umum dan untuk melamarkan Hasan Ali, ia perlu disegerakan secara rasmi kerana masing-masing telah kesuntukan masa. Hasan tetap maju kehadapan walau apa pun akan terjadi dan KITA perlu mengejar beliau segera.


4- Jika Hasan sekarang ‘all out’ menyerang Dap-Pas-Pkr, maka KITA mesti bersetuju dengan polisi dan dasar Hasan sebelum beliau dilantik sebagai Presiden.

Jadi dimana kah kedudukan Umno-BN? Sudah tentu pengikut Hasan dan 10,000 ahli KITA akan dilihat sebagai mesra-alam dengan Umno-BN. Ini merupakan kelebihan yang mustahak bagi BN.

Jadi di kerusi manakah 18 calon di Kedah akan diletak untuk bertanding? Menentang Umno-BN atau menentang Pas-Pkr-Dap?

Hasan Ali pula harus berhati-hati kerana KITA sedang bergolak dan parti caca-merba. Ini lah juga peluang keemasan untuk beliau menjadi Presiden di atas platform besar dan kukuh untuk menyampai misi dan visi beliau dengan lebih meluas.

Sumber SinarHarian.

No comments:

Post a Comment