Multiple Pages

04/02/2012

Hasan Menolak Mentah-Mentah Jawatan Presiden KITA.


Oleh: HHalem.

1- Wakil-wakil Ketua KITA Negeri semalam beriya-iya benar ingin merisik dan melamar Hasan Ali untuk menerajui KITA sebagai Presiden, di sini>. Belum pun sempat surat rasmi dihantar sebagai jemputan, Hasan Ali telah menolak mentah-mentah cubaan perlawaan tersebut, di atas dasar berikut.

a- Datuk Dr Hasan Mohamed Ali memaklumkan perjuangan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) tidak selari dengan perjuangan beliau yang berlandaskan slogan "Islam, Melayu dan Institusi Raja" (IMR).

b- Adalah tidak manis jika beliau tampil menerajui parti yang telah dipelopori oleh orang lain (Zahid) terlebih dahulu.

c- "Biarlah Kita dengan Kita, saya dengan perjuangan saya," – Hasan Ali.



2- Jadi pihak KITA, Zamil perlulah menjelaskan seterang-terangnya apakah maksud beliau bahawa perjuangan Hasan “mempunyai pendirian jelas dan perjuangannya hampir selari dengan parti KITA”

“Hasan mempunyai pengaruh kuat dan saya percaya, sekiranya beliau menerajui parti ini, tidak mustahil Kita akan kukuh. Lagipun Kita akan menjadi kuasa ketiga, sesuai dengan konsep dibawa Hasan untuk diterjemahkan dengan perjuangan parti ini” – Zamil

Nampak gayanya apa yang Zamil Ibrahim, Chief KITA Kedah, katakan bahawa perjuangan Hasan “hampir selari dengan parti KITA”, masih tidak menyakinkan Hasan.

Bagi Hasan perjuangan KITA langsung tidak selari langsung dengan perjuangan IMR beliau sendiri.

Chief-chief KITA kena lah hantar rombongan tertib meminang Hasan dengan proposal yang lebih menarik dan menyakinkan. Bukannya main menyahut dari jauh-jauh sahaja, sepertimana PAS memecat Hasan tanpa sebarang surat tunjuk sebab dan penghadiran tribunal displin PAS.

Mungkin kita faham sekarang bahawa salah satu dilema yang dihadapi oleh Presiden KITA Zahid Ibrahim ialah mendisplinkan Chief-chief KITA Negeri yang langsung tidak professional didalam menjalankan tugas.

Jika Hasan menolak pelawaan jawatan Presiden bermakna KITA berada didalam keadaan kritikal tanpa nahkoda disebabkan PRU13 tidak jauh lagi.

Sumber SinarHarian.

No comments:

Post a Comment