Multiple Pages

15/02/2012

Kelantan Nak Bina Lebuhraya. Broker Longkang Mula Berkeliaran.


Oleh: HHalem.


...petikan sebahagian berita dari HarakahDaily....

...start...
Kelantan bina lebuh raya, Umno mati akal

Usaha Kerajaan Kelantan mahu membina sendiri lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai selepas permohonan mereka tidak mendapat perhatian Kerajaan Pusat, bakal meranapkan impian Umno negeri itu untuk menawan Kelantan.

Timbalan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rosli Abdullah berkata, dengan inisiatif kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz itu, Umno selepas ini 'mati akal' untuk memburukkan kerajaan negeri dengan isu pembangunan.

“Tak perlu pihak Umno Kelantan nak canang nak tawan Kelantan kerana tiada pembelaan untuk rakyat, isu kemiskinan, air dan sebagainya” – HarakahDaily >

Pembinaan lebuh raya sepanjang 73 kilometer yang bertaraf R5 dan R9 persimpangan bertingkat serta 2 buah kawasan Rehat dan Rawat (R&R) itu dijangka menelan kos antara RM1.5 hingga RM1.8 billion.
...end...

HHalem
1- Apa yang dilihat di sini, ialah sebahagian lagi dari gimmick politik dan pilihanraya dari Kerajaan Kelantan kerana ia di uar-uarkan menjelangnya PRU13.

Gimmick ialah kerana ia tidak mampu ditunaikan sehingga PRU14 sekali lagi.


Selepas PRU13 nanti, maka pembinaan lebuhraya ini akan “didiamkan” dan “dipendamkan” sehingga menjelangnya pulak PRU14, atas alasan tidak diberi izin oleh Kerajaan Persekutuan atau EIA.

2- Persoalan keduanya, adakah Kerajaan negeri mempunyai kemampuan dari segala segi dari sudut kepakaran teknikal, pengurusan dan kelulusan.

3- Kita ambil contoh, Projek SULIHH di Kampung Kuala Sungai Daun, Daerah Yan, Kedah, dimana MB Azizan bermati-matian dan penuh bangga menyatakan PAS mampu melaksanakannya. SULIHH mati sehingga kini.

4- Satu lagi contoh, ialah Lebuhraya dari Kulim ke Sungai Petani (South Kedah Expressway - LEKAS), sehingga kini tidak nampak-nampak bayang. 11 Package kesemuanya dan PAS Kedah mahukan 4 package untuk diri sendiri.

Yang pastinya, broker-broker taik dan longkang dari PAS akan berkeliaran menjaja projek Kerajaan Negeri Kelantan dan Kedah dan wang akan bertukar tangan dari PRU13 ke PRU14.

Rakyat Kelantan ditipu dari segala segi oleh pelbagai pemimpin.

Bukannya Umno yang "mati akal", tetapi PAS yang "tak dak akai".

No comments:

Post a Comment