Multiple Pages

15/02/2012

Pok Nick Menyatakan Kelentong Sandiwara Beliau Bersama Anwar.


Oleh: HHalem.

1- Semalam Pok Nick memberi kata ultimatum dan kata dua kepada Anwar mengenai kenyataan beliau yang menyokong negara Israel, samada menarik balik kenyataan atau menyaman Wall Street Journal jika tidak benar.

“Saya, selaku Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Dato' Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal. Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau.” – Pok Nick >

2- Sehingga kini, Anwar yang terkenal dengan penghidupan dua alam, termasuk politik dan seks bebas, belum lagi memberi apa-apa respond. Biasanya Anwar yang terdahulu didalam perkara seperti ini dengan tweeter beliau.

Mari kita lihat pelbagai respond terhadap sikap dua alam Anwar.


a- Exco Wanita UMNO, Adun Sungai Tiang, Kedah, Suraya Yaacob berkata apa yang dilakukan oleh Nik Aziz itu lebih menjurus untuk menyelamatkan diri serta partinya daripada terus dibidas berhubung kenyataan itu kerana Pas adalah rakan sekutu pakatan pembangkang yang diketuai Anwar. – PerakToday>

Wahal, sebelum ini Pok Nick beriya-iya benar menasihati semua ahli PAS supaya tidak menghebohkan apa-apa perselisihan pandangan didalam media, termasuk perselisihan pandangan didalam Pakatan Rakyat. Tetapi kenapa kali ini Pok Nick memilih untuk menyuarakan bantahan keras terhadap Anwar dengan mengunakan Majlis Syura Ulama PAS dengan sokongan padu Dewan Ulamak PAS Pusat, tetapi tidak dengan mesyuarat dalaman Pakatan? Itu pun setelah sikap Anwar dibantah oleh seluruh pemimpin Islam dunia, baru lah Pok Nick mengelabah membuat kenyataan terbuka, di sini>.

Semuanya bercorak kepentingan politik dengan berselang seli dikeluarkan paktua-paktua Pok Nick, supaya orang lain bimbang untuk mempertikaikannya lagi.

Pertukaran nada dalam jangka masa yang singkat juga membuktikan ia bercorak politik.

“Jangan pula hairan dengan apa yang dibuat oleh Nik Aziz itu jika dalam tempoh terdekat nanti dia bertukar nada, seperti yang kita ketahui Nik Aziz sering membuat kenyataan yang tidak konsisten hanya untuk kepentingan peribadi dan politik,” – Suraya.

b- Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, agak lebih ringkas pandangan beliau meminta supaya PAS lebih baik keluar daripada parti pakatan PAS-PKR-DAP.

"Nak minta Anwar supaya tarik (balik kenyataan) ... buat apa lagi? Tariklah PAS keluar (daripada pakatan)," – Shafie di AgendaDaily >

c- Ibrahim Ali menganggap ia lebih kepada mengelirukan masyarakat dan mengesa semua jangan terpedaya dengan Pok Nick dan Anwar.

“Jadi bila Nik Aziz mendesak Anwar untuk menarik balik kenyataannya atau menyaman akhbar tersebut ini hanyalah cubaan untuk mengelirukan masyarakat kerana mungkin PAS sudah sedar apabila Anwar diserang dan dikecam itu akan merugikan PAS”

Penulis beranggapan bahawa perkara ini akan terdiam begitu sahaja kerana terkini, belum pun 24 jam, pendirian peribadi Pok Nick sudah mula berubah, seperti kenyataan beliau.

“Setakat ini itulah pendirian Majlis Syura Pas berhubung kenyataan Anwar. Terserah kepada beliau. Jika tidak tarik balik pun itu masalah kemudian” Detik Perubahan>

Habis semua kena kelentong dengan sandiwara Pok Nick dan Anwar.

Anwar beralamkan Yahudi diluar sana dan di alam tanahair beliau mengharapkan Pas-DAP dan gurka-gurka PKR untuk coverline belia.

Benar lah seperti kata Tun Mahathir bahawa Anwar hanya berminat untuk mendapat sokongan Amerika Yahudi untuk menjatuhkan kerajaan yang ada sekarang dengan “pertukaran regime”, di blog chedet>

No comments:

Post a Comment