Multiple Pages

22/02/2012

Ketua Pemuda PAS Mengkritik Hadi. Beliau Akan Di Pecat Seperti Hassan Ali?


Oleh: HHalem.
"PAS Lemah Segi Tadbir"....."Hanya Tahu Membangkang"

KETUA Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan mengkritk kepimpinan tertinggi PAS dengan amat pedas sekali apabila beliau membidas sikap PAS yang hanya tahu mengkritik sahaja tetapi tidak tahu langsung urus tadbir negeri-negeri dibawah pentadbiran mereka, apatah lagi mengambil alih urus tadbir Putrajaya.

Kata Nasrudin, PAS perlu keluar dari 'kepompong pembangkang yang hanya tahu membangkang.'  Malah pemimpin PAS hanya tahu mencari publisiti murahan berdetum detam tetapi lemah didalam tindakan urus tadbir.


“Menuju cabaran 10 tahun akan datang, PAS perlu menumpukan kepada dua skim kualiti”

“Pertama kualiti pada figure sama ada anggota atau pemimpin yang mampu serta layak menyandang amanah di mana posisi ia ditugaskan. Bukan figure yang hanya melakar publisiti melalui kepetahan berpidato tetapi lemah dalam tindakan”

“Kedua ialah kualiti pada organisasi dan penstrukturannya agar dilihat lebih kemas, sistematik dan menepati piawaian sebuah organisasi moden yang mampu menangani saingan gerakan semasa,”

Nasrudin mengkritik Hadi kerana tidak langsung mempersiapkan diri untuk menjadi kerajaan dan keluar dari 'politik membangkang.'

“Sebagai sebuah gerakan Islam, PAS adalah alternatif untuk menggagas masa depan negara yang sejahtera, menepati sebuah pemerintahan urus tadbir yang baik, bebas korupsi dan diredhai oleh Allah. Menyedari harapan ini, PAS sebagai sebuah wadah perjuangan umah mesti dipersiapkan agar hadir dan tampilnya menepati tuntutan semasa”

“PAS selayaknya mula menguasai polisi ke arah mempersiapkan dirinya untuk menjadi kerajaan yang mengurus tadbir negara, bukan lagi terjerat dalam kelompok pembangkang yang hanya tahu membangkang tanpa solusi yang efektif,”

Jika ini benar seperti yang dikatakan oleh pelapis pemimpin PAS, maka jelas sekali PAS berada ditahap yang lemah dan tidak mampu memerintah negara, walaupun 10 tahun lagi.

Sumber bahan Sabahkini>

5 comments:

  1. Saya rasa ada kebenarannya seperti yang di katakan oleh Ketua dewan pemuda pas ni.....saranan yang sebegini lah yang amat tepat sekali...Kalau lah ini di praktikkan tidak mustahil pas akan dilihat sebagai alternatif masa depan....bukan politik mencemuh, memaki hamun, mengkritik tanpa pembelaan...fikir fikir lah wahai saudara saudari penyokong pas.

    ReplyDelete
  2. Tahniah pd ust nasrudin, sb beliau bersikap pemimpin yg zuhud, kita tdk boleh sntiasa angguk dan jilat je apa org atas ludah, idea beliau dh byk kali klihatan amat bernas, ternyata ust ni ckup kaliber, tp bleh ke dia brtahan dlm fenomena pr yg byk pak sanggup ni

    ReplyDelete
  3. Bukan mudah membawa perubahan pada pemikiran yg dah hardcore ni. PAS mesti melatih generasi baharu sebagai ganti dan pelapis ni mesti di beri didikan kepimpinan formal. PAS tiada pemimpin yg baik dan kaitangan yg bolih mengurus PAS dengan baik sebab byk jawatan2 di beri pada ahli2 yg berceramah dgn baik tetapi tiada ilmu pengurusan. Tengok lah PMBK dan anak2 syarikat milik kerajaan kelantan. Sedikit sgt yg berpengalaman dan berkeupayaan tentang mengurus suatu syarikat atau team. Sebab tu PAS memerlukan satu MB yg berwibawa dan moden. Moden bukan maksud bodoh agama, tetapi tau ekonomi dunia dan mengurus negeri ke tahap 21st century. Tapi percayalah amat susah sekali utk bawa perubahan. 10 tahun pun belum tentu lagi. Ni penyakit yg sudah lama dan dah jadi darah daging PAS. Literally impossible.

    ReplyDelete
  4. memang betul kata KP Pas, jgn hanya tahu membangkang tetapi tak tahu nak mentadbir... Pas perlu dominan dalam PR dalam segala urusan bukan hanya jadi tukang sorak..
    jika tiada perubahan..faham2 sendiri kemana arah tuju Pas selepas ini

    ReplyDelete
  5. PAS=Parti Anak Syarikat

    klo x puashati,confirm pecat..mcm syarikat swasta plak..hahaha

    ReplyDelete