Multiple Pages

22/02/2012

Sumpahan Hadi : “Maka kamu akan celaka dunia dan akhirat”.


Oleh: HHalem.

Setiap calon Pas yang bertanding dalam pilihan raya diwajibkan berbai’ah, satu bentuk pengakuan yang lebih besar dan berat daripada bersumpah, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini.

Ini bagi menentukan calon tidak menyeleweng dari dasar Islam, cara dan matlamatnya, kata beliau.

Abdul Hadi berkata, sesiapa yang melanggar bai’ah yang dibuat “maka akan celaka dunia dan akhirat”.

Beliau turut menyentuh dakwaan kalangan tertentu kononnya Pas sudah menyeleweng daripada dasar Islamnya apabila membawa konsep negara berkebajikan.

“Jawapannya, Pas tetap dipelihara oleh undang-undang tubuhnya yang menghalang daripada melakukan sesuatu yang menyeleweng daripada Islam,” kata Abdul Hadi dalam satu kenyataan di sini.

Dalam pada itu, beliau mendakwa negara kebajikan yang dilakukan Barisan Nasional (BN) berunsurkan rasuah demi kemenangan pilihan raya. — Bernama.

..........................

Maksud Bai’ah.


Bai‘ah adalah daripada perkataan bai‘ iaitu pertukaran sesuatu dengan sesuatu dengan disertakan dengan akad.

Pertukaran Imam (Calon Pilihanraya) yang menjualkan dirinya dan dengan ketaatan daripada umat (pengikut PAS).

Bai’ah ialah membuat perjanjian untuk mendengar dan mentaati Imam (Calon) dalam perkara yang diredai Allah.

Jenis-Jenis Bai‘ah.

1.  Bai’ah Untuk Islam.
- Bai‘ah al-Nisa’ atau bai`ah `Aqobah pertama.

2. Bai‘ah Untuk Menolong Dan mempertahankan Rasulullah (saw)
   - Sebagaimana dalam Bai‘ah ‘Aqobah Kedua.

3. Bai‘ah Untuk Hijrah Dari Mekah ke Madinah.

4.  Bai‘ah Untuk Berjihad
      i.   Sebagaimana dalam Surah Taubah ayat 111
      ii.  Sebagaimana dalam Bai‘ah al-Ridhwan.

5. Bai’ah Untuk Dengar Taat

Syarat Sah Bai‘ah.

1.  Orang yang menerima bai‘ah memiliki syarat-syarat Imam.
2.  Mereka yang melakukan baia‘ah ialah ahli al halli wal ‘aqdi’.
3. Orang yang dibai‘ahkan menerima perlantikannya, melainkan dia dipaksa.
4.  Yang menerima bai‘ah hanyalah seorang.
5.  Berbai‘ah dengan kitab Allah dengan lidah dan amalan.
6.  Bebas berbai‘ah.

Cara Bai’ah

1.  Bersalaman dan mengucapkan bai‘ah.
2.  Dengan Pengucapan sahaja.
3.  Penulisan.

1 comment: