Multiple Pages

25/02/2012

MB Azizan Menyerang Balas Seperti Harimau Tua.


Oleh: HHalem.
"Pasai apa dia nak hantar surat, saya tak buat tawaran lagi, kalau hantar surat, baru boleh tolak, surat tak hantar, tawaran nak tolak macam mana”


1- MB Azizan Kedah cukup bijak bermain kata-kata seperti wise-old-man mengenai perlantikan Exco baru yang menimbulkan kemelut besar di Negeri Kedah, di mana silap-silap haribulan Azizan akan dinasihatkan berhenti sebagai Menteri Besar oleh PAS Pusat.

2- Seperti harimau tua MB Azizan menyerang balas musuh beliau.

....Bernama...

Azizan menyatakan bahawa :-


a- Hak melantik mana-mana Exco adalah budibicara beliau tanpa perlu merujuk kepada Presiden PAS Hadi Awang.

b- Beliau telah menyerahkan senarai nama exco kerajaan negeri bagi 2012 kepada Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang juga Yang di-Pertuan Agong, dua hari lepas di Istana Negara.
   
"Walaupun Sultan Kedah menjadi Yang di-Pertuan Agong, segala pelantikan exco kerajaan negeri masih dalam bidangkuasa baginda, dan saya tak akan buat sebelum dapat perkenan baginda kerana ia tradisi kerajaan negeri”
   
"Biasanya, Tuanku Sultan akan perkenan, (terpulang kepada) baginda tolak yang tu (exco lama), dan bagi yang ni (exco baru), dan bila dapat surat, baru boleh bagi tau,"

c- Tidak timbul soal menolak pelantikan semula oleh dua exco seperti yang dilaporkan kerana beliau belum mengeluarkan surat tawaran kepada mereka. Dua Exco Kedah menghantar surat kepada beliau bagi menyatakan keengganan dilantik semula ke jawatan itu, yang dijadual diumumkan Selasa ini.
   
"Pasai apa dia nak hantar surat, saya tak buat tawaran lagi, kalau hantar surat, baru boleh tolak, surat tak hantar, tawaran nak tolak macam mana. Spekulasi ni ada benda betul, dan ada tak betul,"

Dua exco terbabit ialah:-
Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi dan 
Timbalan Pesuruhjaya II Datuk Dr Ismail Salleh,
   
Kedua-dua exco itu tidak mengesah atau menafikan khabar angin itu, dan menyerahkan perkara tersebut kepada Azizan.
   
Majlis pelantikan anggota exco kerajaan negeri Kedah bagi tahun 2012 akan diadakan di Istana Anak Bukit, Alor Setar.

....Bernama....

No comments:

Post a Comment