Multiple Pages

25/02/2012

KITA: Zahid Ibrahim Di Pecat Serta Merta. KECOH.


Oleh: HHalem.

Mesyuarat khas parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA)  melantik bekas Pengerusi Kedah, Zamil Ibrahim sebagai pengerusi baru menggantikan Datuk Zahid Ibrahim.

Keputusan itu  dibuat dalam mesyuarat khas di sini  pagi tadi.

Mesyuarat itu dihadiri wakil KITA dari Kedah, Kelantan, Pahang, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan. Sabah tidak hadir tetapi menyokong mesyuarat itu.

“Keputusan ini sebulat suara, seluruh perwakilan tidak mahu lagi kepada Zaid,” kata Zamil.

Bagaimanapun, wakil rakyat tunggal KITA iaitu Tan Chee Beng, ahli Parlimen Nibong Tebal tidak hadir tetapi menghantar notis menyetujui mesyuarat tersebut.

Zamil memberitahu, pihaknya akan menghantar surat kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) bagi memberitahu bahawa KITA diambil alih oleh pemimpin baru.

Perwakilan KITA marah


“Kita akan beritahu ROS bahawa Zaid bukan lagi presiden KITA. Kami akan membuat rombakan dan melantik pimpinan baru” tambahnya.

Zamil  mendedahkan, KITA sepatutnya mengadakan mesyuarat agung tahunan hari ini tetapi pengurusan parti telah membatalkannya di saat akhir.

Katanya, perwakilan menjadi marah kerana  pembatalan itu tanpa memberitahu mereka yang menyebabkan mereka datang ke  Kota Baru.

“Perwakilan yang marah membuat keputusan mengadakan mesyuarat khas dengan memecat Zaid berkuat kuasa serta merta,” kata beliau.

Sumber FreeMalaysiaToday

HHalem: Zahid Ibrahim akan kata, "tak sah".

1 comment:

  1. Ini semua UMNO punya angkara...hahahhaah

    Apalagi Zahid, belasah lah UMNO selumat-lumat nya.....

    ReplyDelete