Multiple Pages

27/02/2012

PAS Pusat Mula Bertelagah. Proses Menjatuhkan MB Azizan Sedang Berjalan Lancar.


Oleh: HHalem.

1- Dengan bersuaranya Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, maka kita tahu bahawa kemelut untuk menjatuhkan MB Azizan tidak akan berkesudahan kerana segala keputusan Azizan tidak diterima oleh golongan PAS Pusat. Iaitu golongan penyokong-penyokong Anwar. Di Pusat, Azizan keseorangan kerana Hadi tidak akan dapat membantu beliau.

Semalam, Azizan berkata hanya 8 ahli exco kerajaan negeri Kedah akan mengangkat sumpah di Istana Anak Bukit, esok Selasa, berbanding 10 sebelum ini.

2- Hari ini, Mustafa Ali membidas keputusan yang dibuat oleh Azizan, seolah-olah Pas Pusat lebih berkuasa di negeri berbanding Azizan dan menganggap Azizan tidak tahu berurusan dan tidak mampu mengawal keadaan.

"Semua 10 mereka adalah penting bagi pentadbiran negeri ini...Memang ada perbezaan pendapat dalam isu-isu tertentu dan cara ia dikendalikan... tetapi perbezaan ini, boleh diselesaikan," – bidas Mustafa kepada Azizan dipetik Mkini>

3- Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, wakil PAS Pusat bagi menyelesaikan isu pelantikan Exco Kerajaan Kedah berpendapat perkara tersebut dapat diselesaikan dengan cara yang lebik elok oleh Azizan. Ia seolah-olah cara yang Azizan lakukan tidak baik, malahan Pas Pusat yang akan campurtangan untuk mencari jalan penyelesaian.

 "Kita akan mencari jalan penyelesaian dan saya yakin kemelut tersebut akan dapat diselesaikan sebaik mungkin” – Salahuddin Harakah>

  
4- Ikuti pandangan Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Mohd. Azizuddin Mohd.


Azizuddin berpandangan, Azizan dijangka melepaskan jawatannya kerana pucuk pimpinan Pas dilihat akur terhadap tekanan golongan pro-Anwar di dalam parti itu khususnya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Perkara Azizan diguling boleh berlaku jika dilihat kepada semangat puak Anwarinas dan barisan Exco kerajaan negeri yang berusaha keras untuk menjatuhkan Azizan.

''Keadaan itu ditambah dengan strategi tangan ghaib dalam gerakan menjatuhkan Azizan dan diyakini Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak dapat menyelamatkan lagi rakan ulamanya itu, sama seperti beliau akur dengan kemasukan kumpulan pro Anwar dalam barisan kepimpinan parti.”

''Selagi Azizan tidak melepaskan jawatan kepada puak penyokong Anwarinas, krisis di Kedah akan berlarutan malah lebih buruk. Dalam hal ini, Abdul Hadi lebih kusut dalam mempertahankan puak ulama,'' – Sani kepada Utusan Malaysia.

Dengan bersuaranya Pas Pusat, cukup jelas nasib Azizan hanyalah di hujung tanduk.

Dengan kelemahan Pas Kedah, maka ia menjadi satu kekuatan pada Umno Kedah menjelang PRU13 nanti.

Secara ringkasnya, gaduh lah sepuas-puas hati, supaya ia memberi jalan mudah kepada Umno Kedah mengambil alih kerajaan Negeri Kedah.




No comments:

Post a Comment