Multiple Pages

26/02/2012

PANAS: Najib Akan Dedah Surat Tun Mahathir Mengenai Israel.


Oleh: HHalem.

1- Minggu depan Pakatan Rakyat akan malu besar kerana Kerajaan akan mendedahkan isi kandungan perutusan surat antara bekas Perdana Menteri Tun Mahathir dan bekas Perdana Menteri Israel Ehud Barak.

Najib sendiri telah melihat Surat tersebut dan mengarahkan Wisma Putra untuk menyemak surat tersebut samada boleh disiarkan untuk umum.

"Wisma Putra telah memberi ulasan dan saya sendiri juga telah menyemak surat tersebut. Esok lusa, kita akan mengambil langkah untuk membenarkan surat itu diterbitkan secara terbuka, supaya rakyat faham tujuan Tun Dr Mahathir menulis surat itu untuk memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang menuntut kepada satu negara Palestin yang berdaulat," – DS Najib di SJKC Yoke Kuan.

2- Sekurang-kurangnya ini menunjukan Pakatan telah berjaya mendesak Kerajaan dan Kerajaan tewas dan tunduk atas segala permintaan Pakatan.

Walaubagaimana pun Pakatan akan malu besar kerana surat tersebut menunjukkan keprihatinan Dr Mahathir dalam proses kedamaian di Timur Tengah dan isi kandungannya juga menepati dasar kerajaan Malaysia dari dahulu hingga sekarang.

Surat itu telah diexploitasi dan dimanipulasikan oleh pihak pembangkang yang sengaja mahu membangkitkan rasa sangsi rakyat terhadap pendirian kerajaan dalam isu ini.

Sebenarnya pembangkang mahu mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu Anwar Ibrahim yang telah menyatakan sokongan terhadap Israel.

Sumber Sinar Harian.

1 comment:

  1. yang penting bukan surat mahathir, dagangan minyak kelapa sawit yang Malaysia sedang urus niaga dengan Israel, ini tunjuk Putrajaya senyap senyap sokong Israel.

    ReplyDelete