Multiple Pages

14/02/2012

PAS - Shahrizat Wanita Bani Makhzum versi Umno.


Oleh: HHalem.

1- Lihat bagaimana buruk dan seburuk-buruknya perangai orang-orang PAS dengan mengambil petikan dari Hadith Rasulullah dan meletakan nya kepada sesiapa sahaja yang mereka pilih, contoh kali ini keatas Shahrizat.

Bagi kebanyakan pengikut PAS yang celaru, akan menimbulkan konflik dalam diri. Hendak menidakkan tuduhan PAS, hadith Rasullullah digunakan sebagai landasan.

Mengkritik PAS kerana menuduh Shahrizat begitu rupa, adakah juga bermakna seseorang itu menidakkan Hadith Rasul.?

Lihat bagaimana PAS menggunakan Agama, Hadith dan Al Quran untuk melawan Umno-BN sehingga menimbulkan konflik dalam diri bagi pengikut-pengikut PAS. Mahu tidak mahu, mereka menerima nya bulat-bulat apa yang dikatakan oleh pemimpin mereka, terutamanya Pok Nick, supaya akidah tidak dikatakan sesat.

Ini lah makna sebenarnya ayat, "menggunakan agama Islam untuk kepentingan politik" yang selalu disebut-sebut, tetapi maksudnya kita kurang jelas.

  
.....HarakahDaily...

Shahrizat wanita Bani Makhzum versi Umno

Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:


Bahawa orang-orang Quraisy digelisahkan oleh perkara seorang wanita Makhzum yang mencuri. Mereka berkata: Siapakah yang berani membicarakan masalah ini kepada Rasulullah s.a.w.? Mereka menjawab: Siapa lagi yang berani selain Usamah, pemuda kesayangan Rasulullah s.a.w. Maka berbicaralah Usamah kepada Rasulullah s.a.w. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Apakah kamu meminta syafaat dalam hudud Allah?"

Kemudian baginda berdiri dan berpidato:

"Wahai manusia! Sesungguhnya yang membinasakan umat-umat sebelum kamu adalah apabila seorang yang terhormat di antara mereka mencuri, maka mereka membiarkannya. Namun bila seorang yang lemah di antara mereka mencuri, maka mereka akan melaksanakan hukum hudud atas dirinya. Demi Allah, sekiranya Fatimah puteri Muhammad mencuri, nescaya akan aku potong tangannya." (hadis riwayat Muslim).

1 comment:

  1. Dia dah pakai hijab. Jadi gunakanlah photo yang sewajarnya.

    ReplyDelete