Multiple Pages

14/02/2012

Majlis Syura Ulama PAS, Berpakat Menghentam Anwar Hal Israel.


Oleh: HHalem.

Pok Nick memberi kata ultimatum dan kata dua kepada Anwar mengenai kenyataan beliau yang menyokong negara Israel, samada menarik balik kenyataan atau menyaman Wall Street Journal jika tidak benar.

“Saya, selaku Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Dato' Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal. Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau.”

Apa kah tindak balas Anwar dengan kenyataan pedas Pok Nick?

Kenyataan penuh Nik Aziz seperti di bawah...


...start..
Dato Bentara Setia Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am Parti Islam SeMalaysia (PAS)
13 Februari 2012/ 20 Rabiul Awwal 1433 H


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengulangi pendirian yang berterusan dan tetap dengan prinsip, sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel sebagaimana yang juga ditegaskan menerusi pendirian di kalangan gerakan Islam antarabangsa,  serta menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri.

Negara haram Israel diwujudkan oleh kuasa besar dunia secara zalim tanpa sifat perikemanusiaan dan sepatutnya ditentang oleh semua peradaban manusia.

Wajib ke atas umat Islam bukan sahaja di bumi Palestin malah seluruh dunia, berusaha sedaya upaya untuk membebaskan Palestin sepenuhnya. Adalah haram menerima kewujudan negara yang haram. Maka PAS menolak penyelesaian dua negara, satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis.

Keselamatan negara haram Israel juga bukanlah menjadi tanggungjawab yang dipikul oleh orang Arab atau umat Islam, kerana ditegakkan negara haram itu sendiri di atas dasar kezaliman. Islam sebagai agama yang sangat mementingkan hak asasi, keadilan, keharmonian dan hubungan baik antarabangsa, tentu sekali tidak dapat berkompromi dalam isu kezaliman ini.

Saya, selaku Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Dato' Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal. Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau.

Dato Bentara Setia Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am Parti Islam SeMalaysia (PAS)
13 Februari 2012/ 20 Rabiul Awwal 1433 H
..end..

5 comments:

  1. Dulu TG buat keluar fartwa kawan dengan syaitan tak apa asalkan UMNO dapat ditumbangkan. Tak kan sekarang ni Nuar ajak kawan dengan Israel pun tak buleyyy???

    ReplyDelete
  2. Betul2 ikhlas ke ni, Nik Aziz, tapi kenapa lambat sangat? Kena tunggu reaksi satu dunia dulu baru nak ada pendapat. Ataupun sebab nak tutup kemaraan Hassan Ali??

    ReplyDelete
  3. akai kong gelong tentu laa lambat.

    ReplyDelete