Multiple Pages

13/02/2012

Pasangan Kekasih Akan Di Tangkap. AWAS !


Oleh: HHalem.

1- Menteri di JPM, Jamil Khir Baharom meminta semua Jabatan Agama Islam Negeri menguatkuasakan tindakan untuk menangkap pasangan Islam lelaki/perempuan belum berkahwin pada Hari Kekasih yang disambut pada malam ini atau esok.

Persoalannya sempat kah Jabatan Agama Islam di setiap Negeri untuk membuat persiapan logistik, operasi dan gerak kerja tenaga, belum lagi diambil kira alaun kerja lebih masa. Ini adalah kerana baru sahaja diberi lampu hijau oleh Pak Menteri. Maka akan bersungut-sungut lah puak-puak di Jabatan Agama Islam Negeri. Ada yang akan mengikut  arahan dan ada yang tidak akan sempat mengikut arahan.

Apa-apa pun, sekurang-kurangnya pentadbiran DS Najib dilihat dan bertindak secara positif kearah pembasmian Hari Kekasih / Hari Saint Valentine daripada diikuti oleh orang-orang Melayu dan Islam.

Ia akan timbul pula kritikan besar-besaran pembangkang DAP-PKR-PAS yang pihak berkuasa membuat serbuan sebarangan ditempat yang dikenali pasti terdapat orang-orang Islam bersama-sama dengan bukan Islam, lebih-lebih lagi di hotel-hotel berbintang yang terdapat ramai pelancong asing yang berbangsa Eropah.

Timbul isu serbuan lagi. Ini yang diharap-harapkan oleh pembangkang untuk memburukan image Malaysia. Kerajaan pimpinan BN-Umno telah masuk perangkap lagi.


Buat salah, tak buat pun salah !

Tahniah kepada pentadbiran jentera Kerajaan kerana peka dan pro-aktif untuk tahun ini. Datang 14hb tahun hadapan, itu kita kira cerita lain pula !


...Bernama..

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom meminta semua Jabatan Agama Islam Negeri menguatkuasakan tindakan yang perlu diambil terhadap pasangan Islam bukan mahram pada Hari Kekasih yang disambut pada malam ini atau esok.

Beliau berkata ini kerana Hari Kekasih bukan amalan umat Islam.

"Kita bergerak serentak di seluruh negara untuk menguatkuasakan peraturan dan tindakan yang perlu bagi hal-hal yang berkaitan dengan memperingati kekasih ini,"  

- katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan kepada masjid Negeri Sembilan oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan di Seremban, hari ini.

Katanya pelbagai bentuk dakwah, nasihat, pandangan, kenyataan dan sebagainya telah disampaikan mengenai Hari Kekasih ini kerana ia bukan amalan umat Islam.

"Yang kita bimbang ialah bukan soal kekasih dalam pengertian suami isteri, tapi biasanya bukan suami isteri. Yang ini, selain daripada nasihat, tindakan juga perlu dibuat," katanya.

- Bernama

No comments:

Post a Comment