Multiple Pages

21/02/2012

Tun & Ezam : “Anwar Haiwan Politik Yang Paling Tidak Bertanggungjawab Yang Pernah Lahir Di Dalam Negara Ini”


Oleh: HHalem.

1- Nampak gaya sekarang musim cabar mencabar untuk berdepat semakin hangat. Lihat dan perhatikan, siapa yang mencabar siapa untuk berdebat.

Kenapa dan mengapakah cabaran berdebat dibuat dan timing nya pula ialah waktu dan ketika ini, menjelang PRU13?

Cabaran berdebat biasanya dibuat oleh ahli politik yang agak ketinggalan kepopularitinya di mata masyarakat. Malah ada yang jatuh merudum langsung. Pihak kena cabar pula ialah mereka yang lebih popular. Dengan lain perkataan mereka mencabar kerana ingin mencari dan menumpang kepopularitian lawan.  

Contoh nya, debat antara Presiden MCA Datuk Seri Chua Sok Lei dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng Sabtu. Siapakah yang cukup merudum dari segi kepopularitian nya?.

Seperti juga Mahfuz Omar yang sudah jatuh kelongkang kepopularitian beliau turut juga mencabar Hishamuddin. Semua ini untuk kutipan ranking diri sebelum PRU13.

Ingat tak Khairy yang dibenci oleh orang-orang Umno sendiri, turut mencabar sana sini untuk mengutip ranking dan tunjuk gah dan akan dianggap berani dan hebat?

2- Berlainan pula apabila Anwar mencabar DS Najib berdebat, bermula semenjak azali lagi sehingga seperti orang gian, walaupun bercakap 10 minit sahaja. Anwar dan Najib cukup popular dan ia menunjukan cabaran ini berdasarkan siapa kah yang lebih berkuasa. Ia berdasarkan “lihat aku cukup berani sehinggakan Perdana Menteri pun jatuh melutut” untuk di hebohkan di seluruh dunia untuk dinaikan rangking diri. Ini yang pentaksub Anwar mahu dan ingin lihat untuk dijadikan modal PRU13.

Lagi pun Anwar tidak layak duduk semuka dan sebaris dengan pemimpin pilihan rakyat kerana Anwar cukup jijik dan kotor.

Adakah debat Anwar-Najib perlu?

3- Kita ikuti pandangan Tun Mahathir mengenai perkara ini. Tun menolak bulat-bulat idea tersebut atas sikap Anwar itu sendiri.


Pertamanya, seperti yang dikatakan tadi, Anwar cukup popular, dan Tun berkata, debat itu tidak perlu diadakan kerana pendirian Anwar yang berculang caling seperti sesumpah terhadap banyak isu memang sudah diketahui ramai.

"Beliau boleh jadi apa sahaja, beliau umpama sumpah-sumpah, beliau bertukar warna setiap masa. Apabila beliau bersama dengan orang India, beliau menjadi orang India, apabila beliau bersama dengan orang Islam, beliau akan memberi ceramah mengenai Islam. Apa yang mereka perjuangkan ialah untuk menjadikan beliau Perdana Menteri, itu sahaja," – Tun Mahathir.

Keduanya, Tun berkata debat membincangkan isu Melayu boleh diadakan tetapi "kesannya tidak ada".

"Debat boleh, seronok orang tengok tapi kesan tak ada,"

Ketiganya, Tun berpandangan rakyat Malaysia suka bergaduh dengan mengikut perasaan sentimen mempengaruhi diri, berbanding bersikap rasional, jika bercakap mengenai debat. Ini boleh menimbulkan suasana tegang jika tidak dikawal rapi.

4- Ezam merumuskannya seperti berikut;

"Sebaliknya Anwar adalah seorang haiwan politik yang paling tidak bertanggungjawab yang pernah lahir di dalam negara ini”

"Seorang yang sanggup gadai ekonomi negara dengan pembohongan 16 September, hina negara di luar negara dengan putar belit fakta seperti (baju) batik Malaysia hodoh berbanding batik Indonesia dan terbaru kenyataan iktiraf Israel jelas menunjukkan jenis politikus apa Anwar ini,"  - Senator Ezam.

Sumber utama AgendaDaily>

No comments:

Post a Comment