Multiple Pages

29/02/2012

Tun Mahathir Perli Lagi. “Kit Siang Patut Jadi Presiden PAS”.


Oleh: HHalem.

1- Karut marut PAS semakin terserlah lagi dan ia membuktikan kepada kita bahawa pengaruh Anwar memang menebal dan kuat di dalam PAS.

Bukti kukuh dan terserlah apabila Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata bahawa Pas bersedia menerima seorang Timbalan Presiden daripada kalangan bukan Islam sekiranya ia satu keperluan dan ada tuntutan seperti yang dilakukan parti Ikhwanul Muslimin di Mesir.

Menurutnya Dzulkefly, Pas janganlah terlalu taksub dengan berkeras mengatakan orang bukan Islam tidak boleh memegang jawatan tertinggi parti.

Dzulkefly begitu berani sekali sehingga beliau sanggup berkata bahawa, kata putus didalam bab ini akan ditentukan oleh Majlis Syura dan Muktamar Pas. Yang jelas pengaruh Anwar telah sampai ke puncaknya iaitu didalam Majlis Syura.

“Itu kelebihan Islam kerana mampu menangani perubahan-perubahan zaman sehingga hari kiamat, maknanya Islam memberi izin kepada kita (untuk menerima Timbalan Presiden) dari bukan Islam,”  - Dzulkefly dipetik SinarHarian >

Parti Kebebasan dan Keadilan yang ditubuhkan Ikhwanul Muslimin telah memenangi pilihan raya di Mesir baru-baru ini. Parti tersebut diterajui Dr Mohd Mursi yang juga Pimpinan Pusat Ikhwanul Muslimin.

Antara pimpinan tertinggi Parti Kebebasan dan Keadilan adalah seorang Kristian, Dr Rafiq al-Habib yang memegang jawatan Timbalan Presiden II.

Ini adalah helah PAS sekali lagi menjelang PRU13 untuk memancing undi bukan-Islam yang kebanyakannya menyokong PAS dari Dewan Himpunan Penyokong Pas. Sah Ketua Dewan lah orang paling layak dilantik.

2- Berlainan sekali dengan Tun Mahathir apabila sempat lagi menyindir bahawa orang paling layak ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang sepatutnya dilantik menjadi Presiden Pas.

“Dulu Pas kata kita kerjasama dengan kafir. Setakat mana pemimpin bukan Islam dalam Pas? Sepatutnya, Lim Kit Siang menjadi Presiden Pas kerana beliau rakyat Malaysia yang mengutamakan Islam,” – Tun di Sinar Harian>

Apa nak jadi dengan parti PAS? Yang taksub dengan PAS fikir lah habis-habisan.

1 comment:

  1. haha..kit siang jd presiden,timbalan mursyidul plak bg dkt lim guan eng..beliau kn mencontohi khalifah umar,bole la jd penasihat pd tuan guru..bravo PAS..

    ReplyDelete