Oleh: HHalem.
Gambar yang disiarkan akhbar The Star milik MCA telah menunjukkan sebahagian dada Eryka Badu yang terdedah tertera kalimah "Allah" dalam bahawa Arab, beberapa huruf dalam bahasa Yahudi dan simbol seakan-akan piramid.
Mufti Perlis, Dr Juanda mengesa supaya:-
a- Akhbar The Star patut digantung penerbitan kerana tidak sensitif terhadap sentimen kerana menyiarkan gambar artis Amerika Syarikat Eryka Badu yang memperlihatkan tatu kalimah Allah di dadanya.
b- Kementerian Dalam Negeri (KDN) patut mengambil tindakan paling tegas kerana menghina Islam dan tiada alasan untuk terlepas pandang.
"Permohonan maaf hari ini dengan kolum 'seciput' saiznya adalah amat tidak memadai. KDN perlu gantung The Star sementara waktu siasatan dilengkapkan," – Juanda kepada Mkini.
c- KDN dan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan menghalang konsert Badu yang dijadual berlangsung di ibu negara esok.
d- Konsert diharamkan kerana lagu-lagu "Ratu Neo-Soul" itu juga berunsur lucah dan pasti menganjurkan maksiat dan keruntuhan akhlak.
Sumber berita Mkini & Minsider.
....Update......
Konsert Erykah dibatalkan
Mkini melaporkan Kerajaan membatalkan konsert
penyanyi Amerika Syarikat Erykah Badu kerana melanggar garis panduan Pusat
Permohonan Penggambaran dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) yang
ditetapkan.
"Konsert Erykah Badu dibatalkan kerana melanggar
garis panduan Puspal iaitu menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya
Malaysia,"
Menteri Penerangan Komunikasi dan
Kebudayaan DS Rais Yatim dalam Twiter beliau hari ini
Sdra hHalem,saya mohon izin masuk
ReplyDeleteSTAR akan minta maaf dan akan juga buat yang sama juga lain hari.
Mohon maaf adalah trademark MO strateji EIC STAR.
Pemandu kereta EIC-STAR, tak perlu susah payah cari arah ke Putra Jaya,pejabat Hishamudin.
Kereta nya dah pandai pandu sendiri tanpa kawalan pemandu.
Seruan kapada semua ABT yang mendekati hati perut nurani the STAR, rebutlah peluang amat baik untuk mengibarkan panji panji hitam agar STAR Tuan Punya STAR EIC kolumis liberal ranting SHarumlawyer ramon President IDEAS penulis letters to the editor yang sangat cepat mencari peluang memperlekehkan kita selagi mana dapat peluang yang buka luas,DAN amat cepat STAR mencetak surat emel yang mencemoh Islam/Melayu.
Jangan, kerana semenjak 2004 2008 hingga terkini mendapat perlindungan dan patronage, di bawah dasar inclusiveness engagement liberalisation vernakular 1M Interfaith blue ocean strategy mr KOOL GAJET FB twit blackberry suami pada FLOM ,STAR rasa bebas tanpa kongkong memperleceh kan ISLAM dan MELAYU.
Walaupun STAR pukul canang ada 1.2 juta pembaca,tidak ada siapa yang beri the STAR lesen untuk hina ISLAM/Melayu.
Hishamudin ,sila baca angka ini,1.2 juta pembaca Star VS 16 juta Islam/Melayu.
Murah sangat ke martabat Islam?
Liberal sangat ke Najib sampai buat apa saja nak menawan dan ambil hati kaum vernakular ?
Hebat sangat ke world view interfaith 1M ?
Senyap sunyi Interfaith menceritakan ajenda.
NO to EIC STAR
NO to EIC STAR
NO to EIC STAR.
terima kasih mentor saya:hHalem horas din turtle anaconda azmi apa satD.
arjuna waspada
changkat lobak.
:-) Cukup bernas pandangan Tuan Arjuna Waspada.
DeleteLebih lagi terharu apabila disebut sebagi Mentor.
Tima Kasih tuan..:-)