Multiple Pages

10/02/2012

Zahid Ibrahim Buktikan Mat Sabu Kaki Pembohong. Malu Besar. Bukti Video.


Oleh: HHalem.

Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Zaid Ibrahim akhirnya mengakui bahawa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu memujuk beliau untuk bertanding pada PRU 13 atas tiket PAS di Kota Baru, tetapi atas kapasiti peribadi beliau sebagai kawan dan bukan nya sebagai Timbalan Presiden atau jemputan dari PAS Pusat.

"Semua ini spekulasi yang ditulis dalam blog, tetapi yang paling hampir mereka mereka dapat ialah Mat Sabu. Beliau kawan saya dan saya percaya beliau cuba mengambil hati saya tetapi saya tidak fikir ia keputusan parti” – Zahid.

"Beliau kata, kita akan biarkan Zaid bertanding, kita akan memberikannya kerusi, sesuatu lebih kurang seperti itu, tetapi saya berpendapat tawaran itu pandangan peribadi beliau,"  - Zahid

Walau bagaimana pun Zahid membuat keputusan tidak akan bertanding atas tiket mana-mana parti sekali pun pada PRU13 nanti.

"Saya tidak akan bertanding, mudah sahaja, bukan saya membuat keputusan tanpa sebarang kajian,” - Zahid

Dari penjelasan Zahid, jelas lah kepada kita beberapa perkara:-

1- Chief KITA Pulau Pinang, Tan Tee Beng mencerita perkara yang benar yang Zahid di tawarkan untuk bertanding Parlimen Kota Baru pada PRU13 nanti.


2- Pok Nick bercakap benar dan tidak menafikan perkara tersebut dengan hanya menyatakan jemputan Zahid oleh Mat Sabu hanya PAS Pusat yang boleh membuat keputusan dan bukan beliau. Di sini >

3- Zahid memang jujur dan bercakap benar, walaupun prinsip beliau terhoyong hayang, dan mengakui Mat Sabu menjemput beliau atas kapasiti peribadi.

4- Akhir sekali, taik pembohong dan penipu besar yang menyatakan beliau tidak mengetahui apa-apa perkara jemputan ialah Mat Sabu. Nak tahu contoh bohong terserlah Mat Sabu, ini lah paling klasik.

“Saya tidak tahu menahu ada tawaran, saya tidak dengar, saya tak mahu ulas atas andaian, itu kena tanya urusan parti KITA” – bukti video Mat Sabu bohong besar pada minit 00:30 di sini> .
  
Apa pulak bohong Mat Sabu selepas ini untuk mengelak malu?  Mungkin Pok Nick boleh ampunkan dosa-dosa Mat Sabu kerana berjihad membohongi orang-orang PAS kerana Zahid kaki terhoyong-hayang.
..........................

1 comment:

  1. mat sabu kaki kelentong dulu katanya kapalterbang polis langgar dia, semua orang pakat percaya, mat sabu penzina angkat komunis jadi hero orang pas pakat setuju, bau .... mah masih melekit-lekit .... er no komen.

    ReplyDelete