Multiple Pages

26/03/2012

Ezam Cuba Mengheret PAS. Homoseksual dan Biseksual Anwar Mengerunkan PAS.


Oleh: HHalem.

1- Gempar lagi apabila bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Senator Ezam Mohd Noor membuat tembakan rambang dan mendakwa Anwar memfailkan notis mahkamah terhadap Nallakarupan dan akhbar Utusan Malaysia atas desakan dalaman Pakatan Rakyat (PR).

Dakwa Ezam, sejak 2004 lagi, Anwar tidak berani menyaman sesiapa kerana menuduh beliau sebagai homoseksual dan hidup biseksual, tetapi kali ini beliau terpaksa kerana menerima tekanan dari PAS.

Mungkin kata Ezam mempunyai asas kerana akhir-akhir ini, Pok Nick sering kali menyeru Anwar menyaman sesiapa sahaja yang membuat tuduhan untuk membersihkan nama beliau, itu pun jika Anwar bercakap benar. Terkini dan jelas ialah negara Yahudi perlu diberi perlindungan keselamatan seperti yang diseru oleh Anwar.

Jesteru itu, kes Nalla-UM-Anwar, tidak ada bezanya. Memang Anwar mendapat desakan dan tekanan dari PAS.

Semua ada bukti - Macam Anwar juga.

2- Lihat apa kata Ezam:-


“Daripada maklumat sahabat saya dalam PR, Anwar berani kali ini kerana beliau mahu membendung desakan daripada pemimpin Pas, selain mahu menunjukkan beliau ada melakukan sesuatu”

“Jadi apa yang Anwar boleh buat adalah saman. Dulu mungkin Anwar selamat kerana pemimpin Pas tidak desak, tetapi sekarang beliau kena pertahankan dirinya,” - Ezam.

Sudah tentu PAS menafi sekeras-kerasnya, seperti kata Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (TIT Man) :-

“Jika ada pihak yang menuduh Pas mendesak Datuk Seri Anwar, itu tidak betul, kita tidak pernah bincang hal ini dan kita juga tidak mahu masuk campur dalam hal ini”

“Pada pandangan Pas, isu itu adalah masalah peribadi antara Datuk Seri Anwar dan Datuk Nallakarupan,” – TIT Man.

TIT Man pernah mempunyai rekod menipu dengan memutar kata-kata, begitu juga Senator Ezam. Untuk mendesak Anwar, tidak semestinya perlu berbincang dengan Dewan Ulamak PAS atau Mesyuarat Politik PAS terlebih dahulu.

PAS kali ini cukup takut dan bergerun dengan kes homoseksual dan biseksual Anwar. Sebab itu PAS, “tidak mahu masuk campur dalam hal ini”

Semua ada bukti - Macam Anwar juga. 

3- Sebenarnya, penulis bukan pengemar Ezam kerana beliau pernah taksub membabi buta pada Anwar dan banyak membuat kerosakan pada anak-anak muda dan pelajar-pelajar yang baru belajar hendak berpolitik.

Penulis anggap Ezam sekarang menggunakan ilmu yang beliau belajar dari AMK dan Anwar untuk turut mengheret dan memalit PAS supaya terlibat sama dengan kes Nalla-UM-Anwar. Itu ilmu yang Ezam belajar dahulu dari Anwar dan sekarang dipergunakan semula untuk memerangkap Anwar-PAS. 

Pada hakikatnya, Ezam menembak secara rambang dan memang tidak kukuh apabila menyebut, “daripada maklumat sahabat saya dalam PR” sebagai bukti.

Pernah kah kita dengar temberang Ezam bahawa, “saya ada bukti kukuh dan 6 kotak dokumen ada dengan saya”. Last-last kita semua ditipu oleh Ezam satu masa dahulu.

Apa-apa pun, Ezam-Nalla-Ummi-Anuar, perlu bersatu tenaga untuk menyekat pembohongan Anwar.

Rujukan utama SinarHarian. Gambar dari AIDC.

No comments:

Post a Comment