Multiple Pages

24/03/2012

Hadi Awang Menempelak Dzulkefly. Mana Boleh Non-Muslim Sebagai Timbalan !!


Oleh: HHalem.
Hadi kepada Dzulkefly - “Tidak masuk akal untuk bukan Muslim memegang jawatan Timbalan Naib Presiden PAS kerana ini negara Islam" 
Bodoh ka apa !

1- Hari ini mari kita lihat sikap tidak-tentu-hala PAS yang memang mencelarukan pengikut-pengikut mereka. PAS sebenarnya sedang mencari-cari cahaya dan titik penentuan. PAS masih jauh lagi perjalanan kearah itu.

Sebelum ini Ahli Parlimen Kuala Selangor, juga Ketua Kajiselidik PAS Dr Dzulkefly Ahmad mengemparkan masyarakat PAS dengan berkata bahawa PAS bersedia menerima non-Muslim untuk dilantik menjadi Timbalan Presiden.

Dzulkefly berkata ini adalah selari dengan dasar Parti Keadilan dan Kebebasan Mesir (FJP) yang melantik Coptic Christian Rafiq Habib sebagai Naib Presiden mereka tahun lepas. Kecetekan Dzulkifli ialah beliau cuba membandingkan bahawa, jika Mesir boleh lakukan, kenapa tidak PAS? Tanpa memikirkan struktur politik dan sosiobudaya masyarakat setempat.

Dzulkefli cuba menyakinkan bahawa tindakan itu tidak menyalahi Islam kerana ia hanya “melibatkan urusan pentadbiran dan dibenarkan kerana Islam menerima perubahan, pembaharuan dan intelektual Islam mampu bertahan mendepani zaman”.

Tindakan Dzulkefli cukup mengelirukan penganut-penganut mereka, yang memang senantiasa kebingungan semenjak PAS bercampur aduk dengan PAS-PKR.


2- Kenapa dikatakan PAS tidak tentu hala tujuan?


Lihat penerangan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengambil masa yang cukup lama untuk menetapkan dasar dengan membiarkan penganut PAS kebingungan. Ini kah yang kita mahu? Dari memerintah Kedah-Kelantan, sehingga menetapkan dasarkan dasar yang mustahak, semuanya bercelaru.

Hadi Awang mengecam dan menempelak cadangan Dzulkefli kerana ia jelas bertentangan dengan perlembagaan parti.

Tidak masuk akal untuk bukan Muslim memegang jawatan Timbalan Naib Presiden PAS kerana ini negara Islam”

“Dalam negara komunis ada bukan-Komunis dilantik menjadi ketua? Mereka (non-Muslim) tidak boleh dilantik mengisi jawatan tertinggi dan ini pegangan kita ” – Hadi dipetik News Straits Times hari ini.


3- PAS Malaysia & FJP Mesir, masing-masing mengaku yang mereka Islam tulin, tetapi sosiobudaya dan politik tempatan di kedua-dua tempat amat berbeza sekali. Pemimpin PAS lupa semua ini.

Ia bercanggahan langsung dengan laungan Pok Nick dan pemimpin PAS yang kurang berfikir dengan menyatakan asalkan ia dasar Islam, semua boleh dilaksanakan di Malaysia tanpa boleh bertolak ansur dan tanpa kompromi.

Oleh itu, hari ini ia mengesahkan kepada kita bahawa, segala dasar Islam boleh ditolak ketepi jika bercanggahan dengan perlembagaan PAS dan tidak selari dengan rakan kongsi PAS-PKR.

Habis, macam mana kita hendak menjadi pengikut PAS? PAS perlu menyakinkan kita lebih dari itu dengan tidak bercelaru biru.

1 comment:

  1. Hadi seolah-olah, baru tersedar dari mimpi, sebelum tidur, Hadi pun lebih kurang Dzulkefli, menghalalkan cara, asalkan Anuar & Dap suka, cita2 untuk kePutrajaya On, Hadi bermimpi jumpa orang Melayu, dlm mimpi tu, orang Melayu berpesan, kepadanya, bukan setakat nak KePutrajaya, Kelantan & kedah pun hampa x bolih pertahan, pd PRU13 nanti, jika hampa buat perangai gila, akibat mabuk kuasa, bergitulah alkisah, Hadi ngok & mimpinya.

    ReplyDelete