Multiple Pages

02/03/2012

Nyawa MB Azizan Di Hujung Tanduk Besok. Hadi Terpaksa Mai Kedah.


Oleh: HHalem.

1- Semalam Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Naib Presiden PAS Salahudin Ayub telah mengadakan Mesyuarat Khas Jawatankuasa PAS Pusat bersama-sama dengan MB Azizan dan timbalannya Datuk Phahrolrazi Zawawi.

ADUN Anak Bukit Datuk Amiruddin Hamzah juga hadir dalam mesyuarat khas malam tadi. Amiruddin terang-terangan bergaduh dengan Jawatankuasa PAS Kuala Kedah dan berpihak pada MB Azizan.

“Saya sudah menyatakan pendirian saya tidak menyokong keputusan Mesyuarat Jawatankuasa PAS Kuala Kedah untuk berdiri teguh di belakang Yang Dipertuanya, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan menetapkan semua ADUN dalam kawasan Kuala Kedah menolak pelantikan sebagai EXCO” - Amiruddin

2- Pada mesyuarat khas tersebut, wakil-wakil Pas Pusat dari kuncu-kuncu Anwar amat kecewa kerana Azizan tetap mahukan Hadi yang membuat keputusan. Azizan cukup sombong menyatakan bahawa, beliau hanya perlu akur kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Azizan juga berkeras bahawa beliau dilantik oleh Pas Pusat untuk mentadbir Kedah. Oleh itu beliau hanya perlu melaporkan kepada Abdul Hadi dan sistem syura tanpa campur tangan pihak luar. Azizan hanya akur pada Hadi.

"Kita pakatan pembangkang bukan Barisan Nasional (BN), walaupun kita berpakat memerintah tetapi ketua kita adalah ketua parti masing-masing... ketua Pas ialah Haji Hadi

Pendirian Azizan amat konkrit dan beliau cukup keras kepala seperti yang dipamirkan beliau pada Mesyuarat Khas tersebut. Sikap keras-kepala dan tidak mahu dengar pandangan orang lain memang dibenci oleh rakan-rakan PAS Kedah. Ini yang menjadi punca segala-gala permasalahan Azizan sekarang.

3- Menemui jalan buntu pada mesyuarat tersebut, maka Hadi Awang akan turun ke Alor Setar Sabtu ini.

"Kita akan adakan pertemuan mahabah di antara kedua-dua belah pihak, antara YB Ustaz Azizan dan pihak YB Datuk Phahrolrazi untuk menyelesaikan masalah ini” – Salahuddin Ayub.

Dengan kumpulan ulama Kedah sendiri tidak menyokong Azizan dan ditambah dengan Dewan Pemuda Pas Kedah yang terus membisu seolah-olah tidak menyebelahi Azizan, maka riwayat Azizan tidak akan lama sebagai Menteri Besar Kedah.

Kumpulan Anwar akan berjaya kali ini menyinkir Azizan, paling awal bunga-bunga singkiran akan kita ketahui Sabtu ini. Itu pun jika Pok Nick mendengar nasihat Anwar.


1 comment:

  1. Harap tuan buatlah sesi mengundi siapa yang kena.. Azizan atau Phahrolrazi. macam pilihanraya.

    ReplyDelete