Multiple Pages

01/03/2012

Surat Tun : Nazri Aziz Maki “Dia Macam Iblis lah”


Oleh: HHalem.

Nazri memberi ulasan mengenai tindakan Kementerian Luar mempamirkan 3 surat Dr Mahathir kepada Perdana Menteri Israel semasa pentadbiran Tun. Surat-surat di sini >.

"Dia sudah kena teruk. Dia macam Iblislah. Bila dia jatuh, dia nak tarik semua orang. Itu perangainya sekarang” – Nazri.

Sekali baca kita ingatkan Nazri mengutuk Tun Mahathir kerana Nazri memang terkenal kerana membenci apa yang Tun lakukan. Semuanya tidak kena pada pandangan Nazri.

Pembaca mungkin terperanjat besar jika Nazri memanggil Tun, “macam iblis”.

Rupa-rupanya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menggelar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti "Iblis" kerana cuba mengheret bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kontroversi isu keselamatan Israel.

"Dia sekarang kata 'bukan hanya saya tetapi Mahathir (juga sokong Israel)',"

“Anwar takut sekarang kerana hanya beliau yang berkata keselamatan Israel itu penting." – Nazri lapur Mkini >

No comments:

Post a Comment