Multiple Pages

06/03/2012

Phahrolrazi Dedah Punca Sebenar Krisis Kedah. Azizan Terus Jadi Lembu.


Oleh: HHalem.

Datuk Phahrolrazi Mohd Nawawi, salah seorang Exco Pas yang bermasalah, mendedahkan krisis Pas Kedah meletup berpunca apabila MB Azizan dikatakan meluluskan projek bernilai Rm600 juta kepada pembida yang berjaya memenangi sebuah tender.

Perkara ini diakui dan disahkan sendiri oleh Phahrolrazi kepada Mkini.

Projek yang dimaksudkan adalah pembinaan jalan di Kedah, projek usahasama state-GLC dengan syarikat milik bekas pemimpin Umno bahagian.

Phahrolrazi tidak setuju dengan Azizan kerana keputusan muktamad anugerah tender terletak pada tangan Mesyuarat Exco dan bukannya Azizan sebagai Pengerusi atau Azizan sebagai Menteri Besar.

"Saya tak setuju dengannya," – Phahrolrazi kepada Mkini.

Pas yang melaung-laungkan hapuskan kronism sebelum memerintah, tetapi secara sah mengamalkannya. Pas berjanji sebelum ini jika mereka memerintah secara Islam, semua ini akan terhapus.

MB Azizan sehingga kini terus terdiam dan terduduk setelah dicucuk hidung seperti lembu dengan di awasi oleh Jkuasa Pemandu.

No comments:

Post a Comment