Multiple Pages

06/03/2012

Pok Nick Terkejut Tengok Mat Salleh Pakai Coli Dan Seluar Dalam Di Langkawi.


Oleh: HHalem.
Pok Nick terkejut tengok coli dan seluar dalam.

1- Kalau Pok Nick sebut dia lihat pelancong Eropah memakai coli dan seluar dalam di “negeri utara baru-baru ini”, bermakna di Langkawi lah tu. Sebab beliau pernah ke sana baru-baru ini.

“Saya mengunjungi satu negeri di utara baru-baru ini dan mendapati ada pelancong Eropah di situ hanya memakai coli dan seluar dalam” – Pok Nick

2- Kalau lah macam ni, bermakna sekali lagi PAS telah gagal di Kedah, kerana rakyat mengundi PAS dengan harapan Kerajaan Islam PAS mencuci bersih segala benda yang dianggap kotor dan tidak suci.

PAS gagal menunaikan janji-janji manis mereka yang kononnya akan membersihkan dosa-dosa di Kedah.

Besok nak pilihanraya, tetapi Pok Nick baru nak terbeliak biji mata. Apa pemimpin PAS buat selama ini? Jenuh berjawap la Exco Pelancongan.?

3- Pok Nick juga tahu bahawa beliau boleh meng ‘halalkan’ pakai coli dan seluar dalam di Langkawi dengan mengeluar paktua bahawa;

“Itu hak dia. Dia orang kafir. Dia nak bogel ka, nak telanjang ka, itu hak asasi dia. Kita orang Islam jangan ikut telanjang sudah lah”

“Dia nak minum tuak ka, todi ka, itu hak dia, kita orang Islam tetap haram...larangan hanya untuk orang Islam..”

MB Azizan mungkin boleh membidas Pok Nick dan mengelak kritikan malu dengan berkata;

“Bab-bab telanjang ni semenjak Umno lagi, kita Pas janji nak hapuskan, tapi tak dann sebab Umno dok ganggu pentadbiran kita..Oleh itu rakyat kena bagi mandat 5 tahun lagi..baru boleh selesai..sebab kita perintah cara Islam”

“Saya sendiri pun kena Pandu, Pantau dan Mantau...mana dann nak tengok coli dan seluar dalam ni semua..Tok Guru boleh laa..”

Pusing macam mana sekali pun, pengikut-pengikut PAS semuanya telah di perbodohkan oleh pemimpin mereka yang memang telah hipokrit dan tidak mampu menunaikan janji-janji sejak awal lagi. Nak cuba memerintah Kedah satu penggal lagi !

...petikan Berita Harian...

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat melahirkan rasa bimbang terhadap tabiat pelancong Eropah yang suka memakai coli dan seluar dalam ketika berada di khalayak.


Sehubungan itu, beliau mengingatkan pentadbiran kerajaan negeri terutama agensi terbabit dengan pelancongan seperti Pusat Penerangan Pelancongan negeri memberi perhatian terhadap perkara berkenaan.

“Saya mengunjungi satu negeri di utara baru-baru ini dan mendapati ada pelancong Eropah di situ hanya memakai coli dan seluar dalam”

“Saya ingin berpesan kepada kerajaan negeri supaya mengelak perkara ini dari berlaku di Kelantan dan harus menjadikan negeri ini sebagai alternatif kepada mereka yang berpakaian sopan,”

Katanya mengulas isu pelancongan pada sesi penggulungan ucapan perasmian Dewan Undangan Negeri (DUN) oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, semalam.

Nik Aziz berkata, pihak pelancongan negeri perlu berusaha menjadikan Kelantan sebagai tarikan pelancong Eropah yang berpakaian sopan dan pada masa sama memastikan mereka mengikut peraturan berpakaian ditetapkan pihak berkuasa negeri.

“Kalau hendak telanjang, saya tidak kisah, itu mereka boleh lakukan hanya apabila berada di rumah tanpa membabitkan orang ramai”

“Apabila berada di tengah masyarakat seperti di negeri Kelantan, mereka harus berakhlak dan berpakaian sopan dengan mengikut peraturan Islam”

“Kerajaan negeri sentiasa menekankan soal akhlak dan sentiasa mengawasi keadaan pelancong yang mengunjungi negeri ini, yang mungkin bertindak mengikut perasaan mereka”

“Kalau kita di rumah ikut peraturan di rumah dan bila berada di dalam masyarakat harus mengikut peraturan kerajaan,” katanya.

- Berita Harian

5 comments:

  1. pok nik pun gi langkawi cuci mata ehhh...

    ReplyDelete
  2. ni agaknya pok nik nak bagi contoh macam anwar la ni...kalau nak meliwat kat rumah takper private halal tapi jangan meliwat luar rumah atau di public tu haram....

    beza nya sekrang pak nik citer pasal coli jer kali ni...

    ReplyDelete
  3. Aik.. siapa suruh tengok, kita kena jagolar mater kiter supayer tak jadi doser, kita kan Islam, orang tu kapir..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi gak kerajaan boleh membendung perkara ini dengan cara mengenakan peraturan supaya berpakaian sopan dekat pantai

      Delete