Multiple Pages

17/03/2012

Raja Petra. “Anwar Pengecut Dengan Saya..Macamana Nak Berdebat Dengan Najib”..


Oleh: HHalem.
“Bagaimana Anwar mahu berdebat dengan Najib jika beliau bertindak pengecut untuk berhadapan dengan saya? Beliau sepatutnya berhadapan dengan saya sebelum Najib”


1- Anwar nampak memang takut dan gentar berhadapan dengan Raja Petra, walaupun dipentas forum. Ini nampak jelas sekali apabila Anwar meminta Wikileaks supaya mengugurkan Raja Petra dari pentas forum politik anjuran Wikileaks.

Walaupun Raja Petra mempunyai hubungan akrab dengan Wikileaks Australia, di mana Raja Petra mendapat hak exclusive sesetengah berita dari Wikileaks, tetapi kali ini Anwar berjaya mempengaruhi Wikilieaks supaya membuang Raja Petra dari turut berforum bersama beliau.

Forum yang dijadualkan pada hari ini, Sabtu di Kent, England membariskan Raja Petra, Anwar and pengasas WikiLeaks, Julian Assange.

Forum berdasarkan komunikasi 'Skype' dan akan dirakamkan ke dalam bentuk video sebagai sebahagian dari dokumentari Wikilekas. Sekarang hanya Anwar dan Julain sahaja akan berforum.

“Saya mendapat panggilan telefon dari WikiLeaks yang Anwar tidak bersetuju agar saya turut serta dalam forum ini. Jadi kini hanya mereka berdua sahaja yang akan berada dalam forum tersebut,”

“Saya telah bersetuju untuk Anwar turut serta dalam forum ini namun beliau pula tidak mahu saya berada sama dalam forum tersebut,” – Raja Petra.


2- Raja Petra menempelak Anwar sebagai penakut berhadapan dengannya.

Bagaimana Anwar mahu berdebat dengan Najib jika beliau bertindak pengecut untuk berhadapan dengan saya? Beliau sepatutnya berhadapan dengan saya sebelum Najib”

“Seolah-olah Anwar tidak tahu maksud toleransi dan menghormati kebebasan media dan bersuara.

“Anwar hanya berani berdepan dengan mereka yang menyokong dan menjadi pak turut sahaja. Jika inilah Anwar sebagai ketua pembangkang, saya amat khuatir apa yang bakal berlaku apabila beliau menjadi Perdana Menteri kelak,” kata Raja Petra.

3- Jikalau penyangak Raja Petra telah bermusuhan dengan Anwar secara terang-terangan, maka adakah ia menjadi satu kelebihan di sini kerana Raja Petra mempunyai pengikut beliau tersendiri.

Sebenarnya, jika Raja Petra betul-betul ingin mendedahkan keburukan Anwar beliau boleh berbuat demikian dengan video bersiri-siri, tanpa menunggu berforum dengan Anwar. Berforum dengan Anwar hanya lah helah Raja Petra mencari platform dan arahtuju beliau supaya mendapat jalan pulang mudah ke Malaysia.

Teknik yang sama digunakan oleh Anwar apabila beliau meronta-ronta hendak berdebat-forum dengan Najib, supaya mendapat politikal milage. Anwar malu kepada dunia hanya kerana beliau tidak dapat duduk semeja dengan Najib. Beliau dapat bertemu pemimpin dunia lain, tetapi digelangang tempatan Anwar gagal dan tidak lengkap perjuangan beliau.

Kata orang, anda memerlukan penyangak untuk menangkap penyangak.

Lagi pun siapa Raja Petra untuk duduk semeja dengan Anwar, selain persamaan kedua-duanya sebagai Penyangak. Begitu juga, siapa Anwar untuk duduk semeja dengan Najib.


Sumber utama dari KLPos.

1 comment:

  1. Dengar khabar, Anuar juga berketurunan Keling India sebelah bapanya, x hairan lah beliau takut untuk berdebat dengan Raja Petra kerana nama Raja Petra lebih kurang dengan Raja Gopal orang berkasta tinggi diIndia, Anuar takut dengan Raja ini, sebab Raja ini pun putar alam shah mcm dia juga, silap2 haribulan lubang yang x pecah pun, jadi terpehong.

    ReplyDelete