Multiple Pages

23/03/2012

Tarik Rambut Antara Shahrizat-Kamilia Di Leraikan Oleh Najib.


Oleh: HHalem.

1- Wanita Umno cukup pantas bekerja dan bertindak sepantas kilat untuk menyelesaikan masalah.

Satu pujian besar perlu diberi kepada Datuk Kamilia Ibrahim, yang cukup berani seperti seorang serikandi.

Kerana Kamilia, desas-desus akar umbi meminta Shahrizat meletak jawatan sebagai Ketua Umno telah beres dan  tidak menjadi duri dalam daging; dan tidak membakar seperti api dalam sekam; dan bisul tidak menunggu masa untuk meletup.

Bayangkan jika tidak ada sesiapa yang berani bersuara seperti Kamilia? Ia sudah tentu akan merebak bak barah sehingga ke PRU13. Malah ia boleh merebahkan perpaduan Wanita Umno di saat menjelang PRU13.


2- Kamilia sebelum ini difahamkan meminta Shahrizat meletak jawatan sebagai Ketua Wanita Umno urutan dakwaan Shahrizat terlibat dalam isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) di mana syarikat mengendalikan projek itu National Feedlot Corporation (NFCorp) adalah milik suaminya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.


Kamilia tentu tidak bertindak bersendirian dan ia bukan pandangan peribadi beliau kerana ramai Wanita akar umbi yang mudah terpengaruh dengan pembangkang Pakatan yang meminta Shahrizat berundur, bukan sahaja sebagai Menteri, malah berundur dari Ketua Wanita. Hasutan pembangkang telah menyerap kedalam fikiran Wanita.

Kamilia bukan memberi pandangan peribadi beliau dan Umno bukan seperti PAS-PKR yang pengecut. Didalam PAS, ramai pemimpin PAS yang suka memberi pandangan peribadi.

Jadi, siapa kah yang berani bersuara dan menyampaikan mesej akar umbi bagi mewakili kumpulan ini, jika tidak Kamilia? Ini adalah satu keberanian terpuji yang cukup berisiko tinggi. Silap-silap haribulan, terburai Kamilia dikerjakan oleh Wanita.

“Apa yang saya katakan sebelum ini berlandaskan apa yang saya dapat dari akar umbi,” – Kamilia.

3- Di katakan, disebalik kejayaan seorang lelaki itu berdirinya seorang wanita disisi.

Cukup jelas di sini, disebalik perkelahian dan bertikam lidah Wanita itu, dimestikan seorang lelaki disisi, supaya ia tidak berlarutan. Kebijaksanaan Bapak Najib perlu dibanggakan.

Janji Kamilia;

“Saya berjanji akan bekerjasama dengan Datuk Seri Shahrizat untuk pastikan Umno dan Barisan Nasional (BN) menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13” - Kamlia

Balas pula Shahrizat;

“Saya tidak kecil hati dengan (Datuk) Kamilia (Ibrahim), malah anggap dia sebagai kakak dan hubungan kami baik.” – Shahrizat

"Hubungan kami bagai kakak dan adik kerana kami berdiri di bawah payung Wanita UMNO dan saya langsung tidak berkecil hati dengan apa yang diperkatakannya kerana saya amat memahami cara beliau," – Shahrizat..


Sumber SinarHarian & mStar, Gambar AgendaDaily.

2 comments:

  1. minah kangkong24/03/2012, 00:18

    lepas pru 13 ni kamilia siap badan.depa cincang hang lumat.

    sebelum ni kamilia di peti sejukkan oleh ijat.

    ReplyDelete
  2. DS Najib, seorang ketua yang baik & bijak, keputusan yang diambilnya, memang tepat, bagi menyelamatkan Wanita Umno dari berantakan, terutama PRU13 semakin dekat, tetapi aku x bersetuju dgn komen Minah kangkong mengenai Kamilia akan menerima padah selepas PRU13 nanti, aku rasa yang akan menerima padahnya Sharizat, kebusukan mengenai Isu NFC x akan larat dibendungnya, apa tah lagi sekiranya, suami beliau didapati betul2 melakukan pecah Amanah olih Mahkamah nanti.

    ReplyDelete