Multiple Pages

16/04/2012

Fathul Bari. “Bunga Malai..Simbol Mengkafirkan.." Najib & Nordin.


Oleh: HHalem.

Perbuatan mengalungkan bunga malai pada potret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin oleh kumpulan mahasiswa yang berdemonstrasi menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di depan Kompleks Sogo di ibu negara kelmarin seolah-olah mengkafirkan sesama Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, mereka sendiri pastinya tahu apa yang dilakukan itu adalah adat bagi agama Hindu apabila berlaku kematian membabitkan penganutnya.

“Sedangkan Perdana Menteri dan Menteri Pengajian Tinggi itu orang Islam. Apa ertinya jika kita panggil orang beragama Islam dengan panggilan mendiang? Simbol pengkafiran boleh berlaku sama ada secara lisan ataupun dengan isyarat,” tegasnya.

Fathul Bari berkata, simbolik sedemikian sama sekali tidak boleh digunakan kerana ia melibatkan maruah agama.

“Mereka mungkin tak faham hukum hakam agama, tetapi mereka tidaklah boleh menunjukkan perilaku yang tidak matang, dan menggunakan kaedah provokasi melampaui batas,” katanya.


Menurutnya, dalam memperjuangkan isu seperti PTPTN, apa yang paling wajar dilakukan ialah mengingatkan orang yang berhutang supaya membayar hutang mereka.

“Wang yang dipinjam itu hutang kerana ia duit kerajaan, yang juga duit rakyat,” katanya.

Sebagai mahasiswa yang telah menjalani proses pembelajaran­ di menara gading, kata Fathul Bari, mereka perlu mengelak sebarang tindakan yang berunsur provokasi untuk mencapai sesuatu matlamat kerana ia akan memberi kesan negatif kepada masyarakat, sekali gus menunjukkan imej diri mereka yang tidak matang.

“Mereka sepatutnya menggunakan kaedah berjumpa dan berbincang jika ada sesuatu perkara yang mereka mahu luahkan. Sebagai pelajar universiti, mereka harus buat keputusan dan bertindak dengan bijak,” katanya.


Sumber SinarHarian

5 comments:

  1. Anak Jati Perak16/04/2012, 16:11

    Melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat ijazah bukan lah tanggungjawab kerajaan - ianya adalah pelaburan diri untuk memajukan diri sendiri untuk masa depan yang lebih cerah. Dengan itu, gunakan usaha sendiri untuk mendapatkan duit. Jika keluarga berkemampuan, bersyukur le. Kalau tidak, buat pinjaman. Kalau kita cerdik-pandai boleh dapat biasiswa.

    Ada ramai diantara kita yang tidak mampu membiayai pembelajaran peringkat diploma ataupun ijazah dan PTPTN adalah satu punca dana yang sangat diperlukan. Kita mesti ingat bahawa PTPTN hanya memberi pinjaman dan kita mesti lunaskan hutang seperti yang telah dipersetujui.

    Kawan-kawan bumiputra kita mungkin mempunyai kelebihan sedikit kerana terdapat UITM dan Kolej Matrikulasi dimana perbelanjaan tidaklah begitu tinggi jika dibandingkan dengan kolej swasta. Tetapi untuk kawan-kawan Cina dan India, PTPTN merupakan satu sumber pinjaman. Malah, ada kalanya satu-satu sumber pinjaman.

    ReplyDelete
  2. Fathul Bari tu bukan bolih pakai. Macam dia sorang je pandai. Poraaah fathole Bar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang x pandai atau kuat ugama x payah cerita boleh pakai atau x utk sorang ustaz. Sembahyang kena pass dan ikut sunnah. bacaan kena faham dan jangan main kumak kumik mulut. Sembahyang 5 waktu pun x guna kerna cerca orang yang x tentu arah. Jaga diri dan amalan kita sudah..... bagi majlis ugama atau ulama yang setelkan sapa boleh pakai.... ulama/ustaz jangan diamkan diri dan biarkan "ulama" bersuara...... Dah ramai sangat jadi "ulama" skrg nie.... Tahu sedikit cakap lebih......

      Delete
  3. Allaaaa.... Yang mana daha dapat PTPTN boleh lar banyak cerita minta hapus sana sini. Duit tu duit kerajaan yang asalnya duit kita semua. Bayar balik saja dan jangan nak banyak cerita. Masa nak apply PTPTN tuu ada yang merayu dan berdoa supaya dapat. Bila dah dapat lupa diri yang tu kena bayar...... Mula menyalak x tentu arah...... pekebenda semua tu..... Bayar jerr hutang yang ada.... kalau orang hutang dia mcm mana? pakai otak dan fikir sendiri......

    Lagi satu...yang x pandai atau kuat ugama x payah cerita boleh pakai atau x utk sorang ustaz. Sembahyang kena pass dan ikut sunnah. bacaan kena faham dan jangan main kumak kumik mulut. Sembahyang 5 waktu pun x guna kerna cerca orang yang x tentu arah. Jaga diri dan amalan kita sudah..... bagi majlis ugama atau ulama yang setelkan sapa boleh pakai.... ulama/ustaz jangan diamkan diri dan biarkan "ulama" bersuara...... Dah ramai sangat jadi "ulama" skrg nie.... Tahu sedikit cakap lebih......

    ReplyDelete
  4. Nasihat dari sesiapa pun sebenarnya adalah tugas individu tersebut beliau tak nak disoal oleh Allah Taala nanti..Pelajar sepatutnya lebih matang dengan ijazah dan diploma sepatutnya mereka lebih cerdik dan bijaksana dalam mempersoalkan PTPTN..jika nak percuma belajar betul betul capai cemerlang..PTPTN jadi biasiswa tak payah bayar...yang dibuat sekarang nampak seperti mahasiswa yang bermasalah duit nak tapi belajar sekadarnya sahaja...lepas tu taknak bayar ape punya pelajar...kalau jadi rakyat dimana mana negeri lain pun tak dapat seperti di Malaysia ni.

    ReplyDelete