Multiple Pages

16/04/2012

Ummi Hafilda Mahu Berhempas Lawan Azmin. Apa kata Najib?


Oleh: HHalem.

1- Ummi Hafilda Ali, adik Azmin Ali, Timbalan President  PKR berkata bahawa beliau bersedia untuk merebut mana-mana kerusi yang dipertandingkan oleh adik beliau pada PRU13 nanti, ini seperti yang dilaporkan oleh The Mole.

“Sudah tentu saya akan hanya bertanding, jika DS Najib memberi peluang kepada saya. Saya tidak akan menolak tawaran untuk bertanding melawan abang saya di Kawasan Gombak” – Ummi Hafilda, The Mole>

Ini ada lah respond oleh Ummi kepada khabar berita yang dibawa oleh blog The Unspinners >, yang menyatakan besar kemungkinan Ummi akan menentang Azmin pada PRU13 nanti.

2- Kita mengharapkan permintaan dan harapan Ummi untuk bertanding di mana-mana sahaja kawasan untuk menentang abang beliau di dengari dan dipertimbangkan oleh Pengerusi Barisan Nasional, DS Najib.


Tambahan pula, kriteria-kriteria calon-boleh-menang sudah pasti terdapat pada Ummi. Ini adalah kerana Ummi telah sekian lama berkempen menentang Anwar dan Azmin, berdasarkan dari kesedaran beliau sendiri dan tiada paksaan mana-mana pihak. Jika pun Ummi tidak mencukupi kriteria-kriteria lain yang ditetapkan, sudah tentu Ummi boleh dikecualikan dari beberapa segi kerana beliau mempunyai kelebihan yang telah terbukti. 


3- Tetapi yang sahihnya, ini tidak akan mengembirakan bakal-bakal calon Umno yang telah lama melobi dan mereka akan menganggap Ummi sebagai orang luar yang mengacau dan calon payung terjun yang tidak diundang, walaupun Ummi ada potensi mengalahkan Azmin Ali.

Ummi berkali-kali mengatakan yang beliau akan melondehkan Azmin-Shamsidar-Anwar, habis-habisan>, walaupun proses melondeh itu tidak semestinya di platform Umno dan PRU13. Tetapi mungkin bagi Ummi, alang-alang melondeh, biarlah beliau terus di pentas Umno.

Harus diingati juga bahawa Umno masih lagi tebal phobianya dengan slogan dan tuduhan Pembangkang bahawa, “ini semua kerja Umno”, “ini semua didalangi Umno” dan “ini semua fitnah Umno”.

Sanggupkah kita mendengar lemparan Pembangkang bahawa dengan pencalonan Ummi ia mengesahkan lagi tuduhan bahawa tindak tanduk Ummi selama ini memang di dalangi Umno semenjak krisis Liwat Anwar? Adakah ini mengaibkan kita, orang-orang Umno?

Rumusannya cukup mudah. Apa sekali pun yang dilakukan Umno-Kerajaan, pembangkang tetap melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas, disebabkan memang itu lah kerja dia. Jadi niat Ummi untuk mengulingkan Azmin di PRU 13 nanti, memang kita alu-alukan. 

3 comments:

  1. aku sokong ummi lawan jantan dayus...

    lagi banyak rahsia jantan dayus dan bini dia yg membawa watak jalang tu akan dibogelkan...

    pejuang hamas...

    ReplyDelete
  2. pelacur sial

    ReplyDelete
  3. Bangang Ummi jalang calon BN bolih menang! hahahahhaha wang pertaruhan pun akan lesap. Diperslikan masuk gelangang jalang.

    ReplyDelete